PENGHARGAAN
Bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya menyempurnakan latihan
industri ini. Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan
bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi
sepanjang menjalankan latihan industri ini mungkin hanya akan datang sekali
dalam seumur hidup saya.
Sekalung
perhargaan saya ucapkan kepada pihak latihan industri saya iaitu Pusat
Pertanian Ayer Hitam kerana menerima kehadiran saya untuk menimba pengalaman
selama dua bulan di sini.
Justeru itu, saya juga telah
memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi
berkaitan dengan perladangan dimana saya dapat mempelajari teknik penanaman
secara fertigasi, teknik penanaman secara organic, pembuatan baja, pemprosesan
makanan dan banyak lagi perkara lain yang tidak mampu untuk saya bilang
semuanya.
Dikesempatan ini saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat baik secara langsung mahupun tidak sepanjang menjayakan projek kami
ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Dr. Amirmudin bin Udin kerana
beliau telah meluangkan masa untuk menyelia kami sepanjang menjalankan latihan
industri di PPAH ini. Tidak dilupakan juga kepada penyelia latihan industri di
Pusat Pertanian Ayer Hitam iaitu Puan Zalipah bt Adman di atas tunjuk ajar
beliau ketika saya menjalani latihan industri di sini.
Saya juga ingin merakamkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada pekerja-pekerja ladang dan unit proses
seperti En. Wasiman, Puan Zaimah, En Faiz dan juga Puan Wahidah yang tidak
kurang banyaknya membantu saya dalam menimba pengalaman di PPAH ini.
Disamping itu, saya juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan latihan industri ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan terima
kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya di PPAH kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang
anda hulurkan amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat kami siapkan dengan jayanya.
sekian, terima kasih.
Bab
1
SERBA
RINGKAS MENGENAI PPAH
Pusat Pertanian Ayer Hitam (PPAH) terletak kira-kira
100 meter selepas tol Ayer Hitam jika membelok ke sebelah kanan. Di dalam kawasan pusat pertanian ini terdapat
banyak cabangnya. Namun kawasan latihan industri saya ialah pejabat Pusat
Pertanian Ayer Hitam.
PPAH beroperasi selama 5 hari seminggu bermula pada
hari Ahad 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dan berakhir pada Khamis iaitu
pada waktu 3.30 petang.
Pusat Ayer Hitam menawarkan kursus jangka masa
pendek kepada belia berumur 25 tahun kebawah selama beberapa bulan manakala
kepada usahawan pula yang berumur 25 tahun ke atas kebiasaanya kursus yang
ditawarkan selama 2 hari sahaja.
Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan seperti
masakan (bengkel membuat roti, biskut, kek, proses air soya dan lain-lain),
ladang (fertigasi, organik dan lain-lain) dan juga kursus yang lain.
Terdapat pelbagai unit di sini, dan setiap unit yang
ada di sini mempunyai kelebihan masing-masing. PPAH juga menerima kehadiran
pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan industri di sini. Penginapan di
sediakan bagi yang tinggal jauh dari kawasan PPAH.
Bab
2
DI
LADANG ORGANIK
2.1 Pengurusan
Tanah Secara Penanaman Organik
Tanah
merupakan media terpenting dalam pertumbuhan pokok. Pengunaan baja dan racun
kimia dalam perladangan konvensional telah meningkatkan kandungan garam dalam
tanah dan menurunkan pH tanah. Pembajakan yang insentif akan menyebabkan
kerosakan struktur tanah. Ini menyebabkan aktiviti mikroorganisma menjadi
berkurangan. Teknik pengurusan tanah dalam penanaman semula jadi dapat meningkatkan
aktiviti mikroorganisma, nematode, cacing dan lain-lain. Kaedah-kaedah tanaman
organik dalam membaik pulih tanah adalah seperti berikut :
i.
Penggunaan IMO4
ii.
Kompos
iii.
Penggunaan sungkupan
iv.
Penyemburan baja organik
v.
Pembajakan yang minima
vi.
Penggunaan baja hijau (Green Manure)
vii.
Arang
2.1.1 Penggunaan IMO4
Tabur sebanyak 100 –
120 kg/1000 m2 (0.1 Ha) IMO4 di atas batas dan tutup dengan
sungkupan seperti jerami, pokok jagung dan lain-lain.
2.1.2 Penggunaan Kompos
Bagi tanah bermasalah
yang bertekstur lempung berat dan berpasir, penggunaan kompos sebanyak 100
kg/1000 m2 (0.1 Ha) adalah diperlukan sebagai baja tambahan di
samping IMO4.
2.1.3 Penggunaan Sungkupan
Sungkupan seperti
jerami, pokok jagung dan lain-lain adalah perlu bagi mengawal rumpai dan
mengekalkan kelembapan serta menurukan suhu tanah.
2.1.4 Penggunaan Baja Organik
Semburan FPJ/FFJ pada
kadar 1/1000 pada tanah untuk memberi makanan keperluan mikroorganisma dalam
tanah.
2.1.5 Penggunaan Green Manure
Jagung atau kekacang di
tanam dengan kepadatan yang tinggi pada kadar benih 20 – 80 kg/Ha. Tanaman yang
berumur 3 – 4 minggu (sebelum berbunga) akan dipotong atau dibajak ke dalam
tanah serta ditabur IMO4. Penggunaan teknik ini disyorkan di kawasan tanaman
saka sebanyak dua atau tiga kali setahun.
2.1.6 Pembajakan Yang Minima
Pembajakan tanah hanya
dibuat sekali sahaja iaitu pada peringkat awal penyediaan kawasan penanaman dan
pembajakan tidak perlu dilakukan pada penanaman seterusnya bagi mengurangkan
struktur tanah yang boleh mengurangkan aktiviti mikroorganisma.
2.1.7 Penggunaan Arang
Untuk meningkatkan pH
tanah.
2.2 Pengurusan
Tanaman
2.2.1 Pengairan
Air merupakan salah
satu faktor yang membantu tumbesaran pokok. Rekabentuk sistem pengairan yang
bertepatan dengan kehendak pokok dapat mengelakkan berlaku lebihan air dan
seterusnya memberi kebaikan dari segi peningkatan hasil dan seterusnya mendapat
keuntungan.
Melalui kaedah
penanaman organik, bekalan air yang dibekalkan ke pokok melalui sistem
pengairan adalah sehingga kelembapan tanah di zon akar pokok sebanyak 65%.
Penentuan peratus kelembapan tanah ini dapat dilakukan melalui 3 kaedah iaitu :
a. Kaedah
Hand
“Feel test”
Tanah yang dikepal
dengan tangan dapat mengekalkan bentuk kepalan.
b. Soil
probe
·
Tensiometer
·
Elektronik multimeter
c. Kaedah
pengeringan sampel tanah di dalam oven
2.2.2 Manual Tanaman
a.
Sayuran
daun seperti sawi, bayam, kalian dan kangkung
HARI
|
AKTIVITI
|
-7
|
Penyediaan batas
|
-4
|
Tabur IMO4 100 kg /
1000 m2 (0.1 Ha) ke batas, sungkup dengan jerami dan siram dengan
FPJ 1/1000
|
0
|
Rawatan biji benih.
Tabor biji benih ke batas mengikut baris
|
5
|
Pembajaan type II
|
10
|
Pembajaan type II
|
16
|
Pembajaan type II
|
21
26
40
|
Kutip hasil (kangkung
dan bayam)
Kutip hasil (sawi)
Kutip hasil (kalian)
|
· -
( hari sebelum)
· Kadar
pembajaan seperti lampiran
· 3
hari sebelum kutip hasil hendaklah disembur dengan baja type III
b.
Sayuran
buah (kutip muda) seperti bendi, kacang panjang dan timun
HARI
|
AKTIVITI
|
-7
|
Penyediaan batas
tanaman
|
-4
|
Tabor IMO4 100
kg/1000 m2 (0.1 Ha) atau kompos, sungkup dengan jerami/rumput dan siram FPJ
1/1000
|
-1
|
Rawatan biji benih
|
0
|
Menanam biji benih,
siram dengan FPJ + OHN 1/1000 (air rawatan benih)
|
5
|
Pembajaan type II
|
12
|
Pembajaan type II
|
19
|
Pembajaan morning
sickness
|
26
|
Pembajaan type III
|
30
|
Pembajaan type II
|
35
|
Mula mengutip hasil
(timun dan kacang panjang)
|
40
|
Pembajaan morning
sickness
|
47
|
Pembajaan type III
(mula kutip hasil – bendi)
|
54
|
Pembajaan morning
sickness
|
61
|
Pembajaan type III
|
68
|
Pembajaan type II
|
75
|
Pembajaan morning
sickness
|
82
|
Pembajaan type III
|
89
|
Pembajaan type II
|
96
|
Pembajaan type II
|
·
Kadar pembajaan seperti lampiran
c.
Sayuran
buah (kutip hasil masak) seperti tomato dan cili
HARI
|
AKTIVITI
|
-16
|
Rawatan biji benih
|
-15
|
Semai biji benih
|
-7
|
Penyediaan batas
|
-4
|
Tabor IMO4 100
kg/1000 m2 / kompos, sungkup dengan jerami, siram dengan FPJ 1/1000
|
-2
|
Siram FPJ + OHN pada
anak semaian
|
0
|
Ubah anak benih dan
siram dengan FPJ + OHN
|
5
|
Pembajaan type II
|
12
|
Pembajaan type II
|
15
|
Mula berbunga
(tomato)
|
19
|
Pembajaan morning
sickness
|
25
|
Mula berbunga (cili)
|
26
|
Pembajaan type III
|
33
|
Pembajaan type II
(mula kutip hasil – tomato)
|
40
|
Pembajaan morning
sickness
|
47
|
Pembajaan type III
|
54
|
Pembajaan type II
|
55
|
Mula kutip hasil
(cili)
|
61
|
Pembajaan morning
sickness
|
68
|
Pembajaan type III
|
75
|
Pembajaan type II
|
82
|
Pembajaan morning
sickness
|
89
|
Pembajaan type III
|
96
|
Pembajaan type II
|
103
|
Pembajaan morning
sickness
|
·
Kadar pembajaan seperti lampiran
·
OHN untuk kawalan penyakit
2.3 Kawalan Penyakit Dan Perosak
2.3.1 Pengurusan perosak
Pengurusan perosak
dilaksanakan secara pengurusan perosak bersepadu (PBB). Kawalan boleh
dijalankan seperti berikut :
i.
Kawalan secara kultura
a) Intercropping
b) Companion
planting
c) Resintant
crops
d) Perbezaan
masa menanam
e) Pembuangan
atau pemusnahan sisa-sisa tanaman atau bahagian berpenyakit
f) Pemusnahan
pokok-pokok penumpang liar ‘wild host plants’
g) Penanaman
pokok perangkap
h) Penanaman
dalam rumah hijau
ii.
Kawalan secara fizikal
a. Sungkupan
– menggunakan jerami, pokok jagung dan sebagainya
b. Mengutip
(hand picking)
iii.
Kawalan secara biologi
· Kawalan
menggunakan organisma berfaedah seperti arthropods dan musuh semula jadi yang
lain
iv.
Kawalan secara bukan kimia
i.
OHN
ii.
Kawalan white fly
iii.
Kawalan Aphids
iv.
Lactid acid bacteria serum (LAS)
v.
Kawalan kabuh lenting
vi.
Kawalan lalat buah
vii.
Kawalan rumput
viii.
Kawalan penyakit virus
v.
Perangkap
a. Pheromones
b. Cahaya/lampu
c. Objek
berwarna
d. Pelekat
(traps)
e. Jus
penarik (attractant)
f. Lain-lain
2.3.2 Cara kawalan perosak
a. White
fly
·
1 ulas bawang putih + 1 liter air
·
Bawang putih dimesin dan diambil airnya
·
Sembur pada waktu pagi dan ulangkan
selepas 3 hari
b. Aphids
·
200 gm sabun cap kapak + 20 liter air
dan masak sehingga larut
·
Sejukkan air sabun tadi dicampurkan
dengan 200 liter air
·
400 ml air sabun untuk 1 pam penyembur
(18 liter)
·
Jika serangan berulang, rawat dengan 400
ml air sabun + 1/300 cuka asli (18 liter air)
c. Mites
dan thrips
·
10 – 12 biji cili padi di kisar (blend)
masak sehingga mendidih di dalam 1 liter air dan disejukkan.
·
Sembur di bawah daun pada waktu tengah
hari
·
Apabila disembur, serangga tersebut
tidak akan datang
·
Jika serangan berulang, rawat dengan
saccharin 30 gm
d. Kawalan
kumbang
·
Cuka 1/100
·
Pca 1/300
·
OHN 1/1000
·
Sembur jika perlu dan biasa dilakukan
pada waktu tengah hari
e. Kawalan anai-anai
·
Cuka 1/500
·
FFJ 1/500
·
OHN 1/1000 disembur pada
pokok
·
Pca 1/700 – 1/800
·
RFS – 30 gm + 20 liter air
2.3.3 Kawalan penyakit
a.
Virus
·
10 kg pokok tangki (pokok keman air) + 4
kg gula merah + 35% alcohol
·
Peram 7 hari
·
Sembur pada kadar 1/1000
b.
Keruping/puru pada batang pokok
duku/dokong
·
PCa 1/700 – 1/800
·
FFJ 1/500
·
OHN 1/1000
·
RFS 30 gm + 20 liter air
·
Air laut 1:30
·
Ulangkan 5 hari sekali. Apabila telah
pulih, sembur 2 bulan sekali
·
Bubuh IMO5 sebanyak 18 kg/pokok
c.
Karat pada kekacang
·
Cuka 1/300
·
FFJ 1/500
·
CaP 1/200 – 1/800
·
OHN 1/1000
·
Sembur jika perlu
d.
Kulat downy mildew dan powdery mildew
·
Kawal kulat downy mildew dan powdery
mildew dengan menggunakan OHN
e.
Kawalan kabuh lenting (phyllotreta spp.)
·
Pisang yang dilenyek (10 bahagian)
dimasukkan ke dalam bekas.
·
Masukkan air beras basuhan (3 bahagian)
dan gula merah (2 bahagian)
·
Tutup dengan kertas
·
Biarkan sehiingga 4 – 5 hari sehingga
ianya menjadi alkohol
·
Ambil 1 liter alcohol ini dan campurkan
dengan 30 liter air
·
5 botol perangkap digunakan bagi setiap
1000 meter persegi
f.
Kawalan lalat buah
·
Pisang yang dilenyek (10 bahagian)
dimasukkan ke dalam bekas.
·
Masukkan air beras basuhan (3 bahagian)
dan gula merah (2 bahagian)
·
Tutup dengan kertas
·
Biarkan sehiingga 4 – 5 hari sehingga
ianya menjadi alcohol
·
Ambil alcohol ini dan campurkan dengan
FFJ
·
5 botol perangkap digunakan bagi setiap
1000 meter persegi
2.4 Pengurusan Rumpai
Pengurusan rumpai
adalah satu perancangan yang dibuat untuk mengawal rumpai dalam sesuatu tempoh.
Tujuan utama adalah untuk memberi atau mengadakan keadaan yang sesuai bagi
pertumbuhan tanaman yang diusahakan seperti penggunaan baja yang sesuai dan
mencukupi dan mengurangkan pertumbuhan rumpai secara mekanikal, kultura dan
sebagainya.
a. Kawalan
secara kultura
Pembajaan, pengairan
dan kepadatan penanaman adalah elemen yang mengaitkan persaingan antara pokok
yang ditanan dengan rumpai. Dalam keadaan pembajaan yang cukup, pengairan yang
baik dan kepadatan tanaman memberi kelebihan pada tanaman dari rumpai.
Penggunaan baja nitrogen adalah dikaitkan dengan pertumbuhan rumpai dan dengan
itu kandungan nitrogen yang digunakan perlu dititik beratkan.
b. Kawalan
secara mekanikal
Amalan tradisi mengawal
rumpai secara mekanikal seperti menyangkul, menebas, mencabut, membakar,
membalikkan tanah, membanjiri kawasan, sungkupan dan sebagainya dapat
merencatkan pertumbuhan.
c. Kawalan
biologi
Kawalan secara biologi
seperti penggunaan organisma seperti arthopods atau ‘plant pathogens’ dan musuh
semula jadi yang lain seperti itik, angsa, lembu, kambing dan sebagainya juga
dapat mengatasi masalah rumpai.
d. Kawalan
secara organic
·
1 liter cuka + 1 liter FFJ
·
Campur larutan di atas 6 liter air
·
Semburkan pada rumput yang baru 2 – 3
helai daun. Pertumbuhannya akan terbantut. Selepas 5 – 7 hari sembur racun
rumput baru boleh di tanam
·
Ianya tidak boleh terkena tanaman
2.5 Indigenous Microorganism (IMO) Dan
Kompos
2.5.1 Penyediaan IMO
Bahan-bahan
yang diperlukan :
a. Nasi
sejuk
b. Gula
merah
c. Bekas
d. Air
Cara membuat :
·
Nasi diletakkan dalam bekas (7 cm dalam)
·
Letakkan bekas tadi di bawah pokok buluh
/ jerami padi selama 2-3 hari
·
Nasi yang telah difermentasikan (IMO 1)
dicampurkan gula merah (1:1)
·
Simpan campuran nasi + gula merah selama
5 hari (IMO 2)
·
Ambil 1 gm/ 1000 ml IMO 2 + 10 kg dedak
beras + air beras (yang diperam 3 hari). Kemudian biarkan 3-5 malam (IMO 3)
·
Campur dan tutupkan dengan sungkupan 1
bahagian IMO 3 dan 1
·
Peram 3 – 5 hari (IMO 4)
2.5.2 Penyediaan kompos
Bahan-bahan
yang diperlukan :
a. IMO
4
b. Hampas
kelapa sawit/ jerami padi/ sisa tanaman / haiwan
c. Air
Cara membuatnya :
·
Letakkan hampas sawit setebal 10 cm di
atas tanah
·
Siram dengan air untuk melembapkannya
sehingga 65%
·
Taburkan IMO 4, lapiskan dengan hampas
sawit dan siram
·
Buatkan lapisan seterusnya seperti di
atas sehingga mencapai ketinggian 60 – 70 cm
·
Letakkan sungkupan
·
Lepas 3 minggu bahan-bahan ini akan
bertukar menjadi kompos
2.6 Baja Asas
2.6.1 Fermented Plant Juices (FPJ)
Bahan-bahan
yang digunakan :
a. Tumbuhan
hijau/ sayur-sayuran (kangkung, batang pisang)
b. Gula
merah
c. Kertas
putih
d. Rubberband
/ tali
e. Bekas
seramik / plastik
Cara membuatnya :
·
Gaulkan sayur dengan gula merah (1:1)
dan masukkan ke dalam bekas (2/3 bahagian bekas)
·
Tutupkan dengan kertas dan ikat
·
Simpan ditempat redup selama 5 – 7 hari
·
Tapis dan disimpan di dalam bekas
2.6.2 Fermented Fruit Juices (FFJ)
Bahan-bahan
yang diperlukan :
a. Buah-buahan
yang masak dan manis – rambutan, manga, pisang dll
b. Gula
merah
c. Kertas
putih
d. Bekas
seramik / plastic
Cara membuatnya ;
·
Gaulkan buah-buahan dengan gula (1:1)
dan masukkan ke dalam bekas (2/3 bahagian bekas)
·
Tutupkan dengan kertas
·
Simpan ditempat sejuk dan gelap selama 5
– 7 hari dan tapis
·
Cecair ini disimpan di dalam bekas
sehingga 2/3 penuh
2.6.3 Fish Amino Acid (FAA)
Bahan-bahan
yang diperlukan :
a. Ikan
/ tulang / perut / kepala ikan
b. Gula
merah
c. Kertas
putih
d. Bekas
seramik / plastik
Cara membuatnya :
·
Ikan digaul dengan gula merah (1:1)
·
Masukkan ke dalam bekas (2/3 bahagian
bekas)
·
Tutup dengan kertas dan ikat dengan
gelang getah
·
Simpan di tempat sejuk dan gelap selama
1 bulan
·
Tapis dan simpan cecair baja di dalam
bekas penuh dan tutup (jangan terlalu ketat)
2.6.4 Oriental herbal Nutrient (OHN)
Terdapat
2 jenis OHN
a. Ekstrak
dari kayu manis /angelica / liqurise
Bahan- bahan yang
diperlukan :
1.
Kayu manis / angelica / liqurise
2.
Tuak (15% alcohol)
3.
Spirit (37% alcohol)
4.
Gula merah
5.
Baling
Cara membuatnya :
·
Masukkan kulit kayu manis (1/3 bahagian
besar)
·
Masukkan tuak (15% alcohol) sehingga
tenggelam kulit kayu manis
·
Tutup dengan kertas. Ikat dan simpan 24
jam
·
Kemudian masukkan gula merah sama banyak
dengan campuran bahan I dan ii.
·
Biarkan 4 - 5 hari atau sehingga tiada
bau “mesicinal smell”
·
Kemudian masukkan spirit (37% alcohol)
dan tutup ketat
·
Biarkan 7 – 10 hari
·
Keluarkan cecair dan ekstrak semula
sehingga 3 – 5 kali
b. Ekstrak
dari bawang putih atau halia
Bahan-bahan yang
diperlukan ;
1. Halia
/ bawang putih
2. Gula
merah
3. Baling
Cara membuatnya :
·
Halia atau banwang putih di tumbuk kasar
·
Masukkan ke dalam balang
·
Campurkan gula merah sama banyak dengan
air
·
Simpan selama 4 – 5 hari
·
Tapis
a. Kebaikan
bahan OHN
- Angelica
dapat menggalakkan pertumnuhan dan kesegaran tanaman
- Kayu
manis boleh meningkatkan kesegaran dan peredaran darah
- Liqurise
boleh meningkatkan pembersihan darah
- Halia
dapat meningkatkan kekuatan tanaman
- Bawang
putih boleh mengubati penyakit dan kuman (disinfection)
b. Kebaikan
OHN
- Meningkatkan
kandungan nutrient tanah
- Meningkatkan
kesuburan tanah
- Mebgubat
dan mencegah dari serangan virus
- Membantu
metabolism tanaman
c. Cara
menggunakan OHN
-
Campuran OHN pelbagai jenis dengan kadar
2:1:1:1:1
-
Iaitu 6 angelica, 3 kayu manis, 3
liqurise, 3 bawang putih, dan 3 halia
-
Camourkan 18 liter air dengan campuran
18 g campuran OHN di atas
2.6.5
Calcium
Phosphate
a.
Tulang (P Ca)
Bahan-bahan yang
diperlukan :
a. Tulang
b. Cuka
asli
Cara membuatnya :
· Bakar
tulang dan campurkan cuka (1:10)
· Simpan
30 hari dan tapis
· Simpan
di dalam bekas kaca / plastik
b.
Kulit telur (Ca P)
Bahan-bahan yang
diperlukan :
a. Kulit telur bakar
b. Cuka
asli
Cara membuatnya :
·
Bakar kulit telur dan campurkan cuka
(1:10)
·
Simpan 30 hari dan tapis
·
Simpan dalam bekas kaca/plastic
2.7
Bokasi
Sampah
Bokasi sampah adalah
salah satu teknologi yang dibawa daripada Jepun untuk diguna pakai dalam
penanaman organic. Jika mengikut turutan, bokasi sampah ini terletak di
tengah-tengah antara BMO (beneficial micro organisme) dan juga baja bunga.
Bokasi sampah merupakan ibu jika ingin membuat produk yang lain. Berikut
merupakan carta aliran keberkesanan baja :
1. BMO
2. EM
3. Bokasi
4. Baja
subur
5. Baja
bunga
Berikut merupakan
bahan-bahan yang digunakan untuk membuat BMO :
a. Dedak
padi 60 kg
b. Dedak
beras 40 kg
c. Molasses 2 liter
d. BMO 2 liter
e. Air
tanpa klorin 18 liter
BMO dan molasses
mestilah dilarutkan ke dalam air sebelum dicampurkan pada bahan kering.
Bahan-bahan tersebut hendaklah digaul sebati sehingga kelihatan lembap.setelah
digaul sebati, bokasi perlu disimpan di dalam beg plastic hitam untuk diperam
selama seminggu. Pastikan beg plastic tersebut di nyah udara.
2.8
Mud
Ball
Mud ball dikatakan
boleh digunakan untuk membersihkan kawasan perairan yang kotor dan keruh. Namun
ianya tidak boleh bertindak bersendirian, ianya perlu digunakan bersam dengan
cecair EM.
Bahan-bahan yang
diperlukan :
a. 10
kg tanah jenis top soil
b. 1
kg bokasi sampah
c. 1
liter mas
Cara membuatnya :
·
Setelah disukat bahan-bahannya, bokasi
sampah dan tanah jenis top soil digaul rata sebelum dicampur dengan 1 liter
MAS.
·
Gaul rata lagi adunan.
·
Setelah sebati kelembapannya, tekapkan
bahan-bahan tersebut ke dalam acuan.
·
Keluarkan dari acuan, kemudian simpan
mud ball yang telah siap di dalam bekas tertutup
·
Simpan selama beberapa hari sehingga
keluar kulat-kulat putih si sekeliling mud ball.
·
Jika terdapat banyak kulat-kulat putih
berwarna mud ball tersebut menjadi dan boleh digunakan
Bab
3
DI
LADANG FERTIGASI
3.1 Pengenalan
Fertigasi berasal daripada perkataan “fertigation” (fertilizer dan irrigation). Fertigasi
dapat ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja (dalam bentuk
larutan/nutrien) diagihkan kepada zon akar tanaman melalui sitem pengairan. Dua
asas utama fertigasi melibatkan penggunaan baja (dalam bentuk larutan) dan juga
sistem pengairan. Aspek pengurusan tanaman yang meliputi kerja-kerja awalan
seperti penyediaan media, semaian, mengubah ke ladang, kawalan perosak dan
penyakit, kawalan terhadap sistem pengairan dan saliran, kebersihan ladang,
diagnosis masalah tanaman, pensterilan, pengagihan nutrient dan perkara
berkaitan fisiologi tanaman diberikan tumpuan dalam kaedah penanaman secara
fertigasiuntuk mendapatkan pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang
tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.
3.2 Keperluan
Asas
Di
antara keperluan asas untuk melaksanakan kaedah penanaman fertgasi ialah :
a) Struktur
Pelindung Hujan (SPH)
Penggunaan
struktur pelindung hujan (SPH) bertujuan untuk mewujudkan persekitaran terkawal
yang membolehkan aktiviti pengeluaran tanaman berjalan secara berterusan.
Penanaman secara fertigasi di ladang terbuka dataran rendah menghadapi risiko
tinggi akibat kerosakan tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang
ekstrem, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serangan penyakit dan
serangga perosak.
Kerosakan
akibat serangan penyakit dan serangga perosak di ladang terbuka boleh mencapai
100%. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi struktur pelindung
hujan yang dilengkapi dengan sistem fertigasi. Penggunaan SPH juga dapat
meningkatkan keberkesanan pembajaan.
SPH
boleh diperbuat daripada bahan-bahan tertentu seperti buluh, kayu dan besi
sebagai kerangka, atap polietilena lutsinar daan dinding kalis serangga
polietilena. Struktur juga boleh dibina tanpa dinding lutsinar jaring kalis
serangga. Bahan yang digunakan mempunyai ketahanan dan kos yang berbeza. Secara
komersilnya, rangka yang diperbuat daripada besi adalah tahan lebih lama dan
ekonomik untuk jangka masa yang panjang. Bentuk bumbung disyorkan adalah separa
bulat atau ergonomik. Bentuk ini, dapat mengurangkan tekanan angin dan menambah
hayat bumbung. Bumbung mestilah lutsinar sama ada menggunakan plastic UV dengan
ketebalan 0.15mm atau lebih bumbung akrilik.
Ciri-ciri
SPH mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan membolehkan penerimaan
pencahayaan yang optima. Saiz SPH yang disyorkan ialah 33.0 m panjang, 6.5 m
lebar dan 2.5 m tinggi. Struktur ini boleh dilebarkan saiznya dengan bersambung
antara satu sama lain menggunakan salur air ‘galvanized iron gutter’. Salur air
jenis ini lebih baik kerana kukuh dan mampu menanggung beban terutama semasa
membuat kerja-kerja pembersihan bumbung plastik.
Bumbung
struktur yang dibuat berbentuk terowong membolehkan atap plastik dipasang lebih
kukuh dan menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam struktur secara optimum.
Bukaan condong antara dua daun bumbung yang dipasang dengan jarring kalis
serangga dapat menjana pengudaraan semula jadi dan mengelakkan tempias hujan
masuk ke dalam struktur. Udara luar yang lebih sejuk suhunya masuk melalui sisi
bangunan menggantikan udara panas.
Asas
trellis iaitu dawai yang direntang di bahagian
barisan tanaman perlu dipasang dan disediakan sebelum penanaman. Sebaiknya
tiang trellis dipasang berasingan dan tidak diikat pada struktur asas pelindung
hujan bagi mengelakkannya daripada menampung beban yang terlalu berat dan
menyebabkan bumbung plastik menjadi kendur. Struktur pelindung hujan juga
dijadikan asas trellis dengan tambahan sokongan di kedua-dua bahagian hujung.
Struktur
pelindung hujan perlu diselenggarakan semasa beroperasi. Atap plastic dan jaring
polietilena perlu dicucisetiap 6 bulan sekali dengan cermat menggunakan air
sabun dan penggosok lembut untuk menghilangkan lekatan debu dan lumut. Plastik
atau jaring yang koyak perlu ditampal.
b) Sumber
Air Bersih
Sumber
air untuk penanaman secara fertigasi perlu diberi keutamaan semasa membuat
perancangan dan pemilihan tapak projek. Sumber air yang banyak dan berterusan
adalah amat perlu dan kualiti air perlu diperiksa terlebih dahulu. Elakkan
daripada menggunakan air yang kotor, tercemar atau mengandungi unsur toksik
yang boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman. Sebagai asas pemilihan awal, sumber
air mestilah jernih dan tidak berbau. Lain-lain kriteria adalah seperti tahap
keasidan iaitu pH 6.5-7,5 dan jumlah pepejal terlarut kurang 200 ppm.
Pada
masa kini, pengusaha menggunakan beberapa sumber air seperti air gunung yang
mengalir, air sungai, air hujan, air telaga tiub (tube-well), air tasik dan
juga air yang dibekalkan oleh Jabatan bekalan Air (JBA). Semua sumber air
tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Sebagai contoh air
telaga tiub mempunyai mineral yang tinggi tetapi kandungan oksigen terlarutnya
rendah. Manakala air gunung adalah sejuk dan kandungan oksigennya tinggi tetapi
pH sering berubah apabila musim hujan. Kualiti air memberikan kesan ketara terhadap
produktiviti dan kualiti hasil. Sekiranya sumber air dari sungai, kolam tasik
atau takungan tidak bersih, rawatan air perlu dilakukan terlebih dahulu. Ini
boleh dilakukan dengan membuat beberapa tapisan (sand filter, carbon filter
atau bio-filter) dan meningkatkan oksigen dalam air. Ujian air diperlukan untuk
mengetahui pH dan EC (Electrical Conductivity).
c) Sistem
Pengairan
Sistem
pengairan merupakan nadi utama dalam kaedah penanaman secara fertigasi. Fungsi
utamanya ialah untuk mengagihkan nutrien kepada setiap tanaman (zon akar)
secara automatik mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan.
Tujuan
utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik
menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian telah dikenal
pasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
Sistem
fertigasi direka bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman
yang khusus. Pam air boleh tenggelam (submersible pump) yang diperbuat daripada
polietilena dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja dari
tangki larutan baja.
Beberapa
komponen penting yang perlu ada dalam sistem pengairan ialah tangki nutrien,
pam, penapis, paip ladang (main-line, sub-line dan micro tube), injap penitis
(2L/H) dan alat pengatur masa (timer). Tangki nutrien digunakan untuk menampung
larutan nutrien yang sedia untuk diagihkan ke ladang. Tangki jenis plastik
(polytank), tangki konkrit atau tangki gentian kaca boleh juga digunakan. Isi
padu minima ialah 2 liter x jumlah penitis (contoh : bagi 1000 penitis, isi
padu tangki minima ialah 2000 liter). Dengan isipadu tangki minima tersebut,
larutan nutrien boleh disediakan setiap hari pada peringkat puncak. Dengan
isipadu tangki minima tersebut, larutan nutrient boleh disediakan setiap hari
pada peringkat puncak. Isipadu yang lebih besar adalah digalakkan kerana ianya
boleh mengurangkan kekerapan bancuhan baja. Sistem pengairan titis tidak
memerlukan kuasa kuda (hp) pam yang tinggi untuk mengagihkan larutan nutrien ke
setiap pangkal tanaman. Pam elektrik 0.5 hp (kadar alir = 30 - 40 L/min)
mencukupi untuk mengagihkan nutrient sehingga 1000 pokok. Manakala pam elektrik
1.0 hp (kadar alir = 70 – 90 L/min) mencukupi untuk mengairi tanaman sebanyak
2500 beg dan pam elektrik 1.5 hp untuk 4000 beg secara serentak. Pam akuarium
yang besar boleh digunakan untuk mengagihkan nutrient sehingga 150 beg. Pam ini
sesuai digunakan dalam membina satu unit fertigasi kecil yang boleh dijadikan
hobi atau pembelajaran.
Pemasangan
pam dan sistem operasi perlu dibuat dengan sempurna. Larutan baja di dalam
tangki nutrient perlu dikacau supaya ianya sekata. Ini boleh dilakukan dengan
mengadakan saluran semula ke dalam tangki atau satu pam dipasang khas untuk
mengacau larutan nutrien pada selang masa yang tertentu. Paip ladang jenis
polietinena adalah yang paling biasa digunakan. Paip jenis ini tidak mahal,
lebih tahan lama, tidak memberi kesan kontaminasi dengan larutan baja dan
pemasangannya juga mudah. Pemasangan paip ladang bermula dengan saiz yang lebih
besar di bahagian penyambungan berhampiran dengan pam dan mengecil hingga ke
tiub mikro di pangkal tanaman. Penitis yang biasa digunakan dikenali sebagai arrow dripper. Teknik terbaru adalah
menggunakan capillary system.
Sistem pengairan titis amat sensitif dengan
masalah tersumbat kerana saiz lubang penitis amat kecil. Oleh itu, penapis 120
mesh mesti dipasang. Adalah lebih baik penapis dipasang sebelum tangki dan
selepas pam dalam rangkaian paip ladang. Bagi ladang yang luas, penapis
dipasang bagi setiap plot tanaman. Penapis-penapis ini mestilah selalu
dibersihkan.
Agihan
nutrien ke ladang boleh dibuat secara manual atau automatik. Kedua-dua kaedah
mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Sistem operasi secara manual
boleh mengawal jumlah dan kekerapan yang lebih tepat mengikut persekitaran
semasa tetapi perlu pemantauan yang berterusan. Sistem operasi secara automatik
yang lengkap boleh mengawal kekerapan siraman dan nutrien yang diperlukan
berdasarkan sejauh mana ketetapan yang dibuat (alat pengesan suhu, kelembapan,
cahaya dan sebagainya). Walau bagaimanapun, pemantauan tetap diperlukan dari
semasa ke semasa.
a) Rumah
Semaian
Pengusaha
tanaman lomersil biasanya mengusahakan tanaman yang banyak dan pengeluaran
berperingkat secara berterusan. Rumah semaian sebagai satu komponen yang perlu
disediakan. Ini boleh didirikan sebagai satu unit khas atau menjadikan
sebahagian kawasan penanaman sebagai tapak semaian. Kesihatan tanaman bermula
disini. Oleh itu, kebersihan dan semua langkah kawalan perlu ada dan
dilaksanakan bagi menjamin anak pokok hidup dengan peratusan yang tinggi dan
subur.
b) Baja
(Nutrien)
Tanaman
memerlukan semua unsur pemakanan yang seimbang. Setiap campuran bahan dalam
penyediaan baja mestilah mampu membekalkan semua mineral yang diperlukan iaitu
Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K), Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Ferum
(Fe), Zink (Zn), Mangan (Mn), Kuprum (Cu), Boron (B), Molybdenum (Mo) dan Sulfur
(S). Jumlah unsur mestilah seimbang dengan keperluan tanaman. Jumlah unsur
adalah berbeza bagi setiap jenis tanaman. Ada beberapa formulasi campuran bahan
untuk menyediakan larutan nutrien. Berikut adalah contoh formulasi campuran
yang boleh diguna pakai oleh pengusaha-pengusaha tanaman. Pemilihan formulasi
campuran baja adalah bergantung kepada lokasi penanaman dan kualiti air.
Bancuhan Baja Fertigasi
(Formula AKM)
Campuran A
Pembesaran
1-7 minggu
|
Pembesaran
8-12 minggu
|
||
1
|
Kalsium Nitrat (CaNo3)
|
18.0
kg
|
17.0
kg
|
2
|
Ammonium Nitrat
|
1.00
kg
|
3.0
kg
|
3
|
Fe-EDTA
|
170
gm
|
170
g
|
4
|
Kalium Nitrat
|
3.0
kg
|
2.0
kg
|
Campuran
B
Pembesaran
1-7 minggu
|
Pembesaran
8-12 minggu
|
||
1
|
Kalium Nitrat (KNo3)
|
9.0
kg
|
9.00
kg
|
2
|
Kalium Sulfat
(SOLUPOTASSE)
|
1.0
kg
|
1.0
kg
|
3
|
Magnesium Sulfat
(MgSo4)
|
10.0
kg
|
12.0
kg
|
4
|
Mono Kalium Posfat
(MKP)
|
4.0
kg
|
4.0
kg
|
5
|
Zn EDTA
|
50.0
gm
|
50.0
kg
|
6
|
Mn EDTA
|
45.0
gm
|
45.0
kg
|
7
|
Cu EDTA
|
7.0
gm
|
7.0
gm
|
8
|
Ammonium Molibdat
|
3.0
gm
|
3.0
gm
|
9
|
Soluble boric
|
150.0
gm
|
150
gm
|
Bahan baja asal untuk fertigasi adalah dalam
bentuk garam mineral dan disediakan dalam bentuk garam mineral dan disediakan
dalam set A dan set B pada bungkusan yang berlainan. Ini adalah untuk
mengelakkan daripada berlakunya tindak balas beberapa jenis garam yang akan
menghasilkan sebatian (ketulan Kristal) dan tidak boleh dilarut. Campuran baja
tersebut perlu dilarutkan terlebih dahulu menjadi larutan stok di dalam bekas
plastik. Sebarang bekas logam terutamanya aluminium ditegah sama sekali
penggunaannya.
Jika
perlu, larutan asid atau alkali disediakan untuk menyelaras pH larutan nutrient
di dalam tangki nutrient yang sedia ada untuk diagihkan ke ladang. Larutan asid
digunakan untuk menurunkan pH larutan nutrien. Larutan ini boleh disediakan
dengan melarutkan atau mencairkan asid nitrik, asid sitrik, asid hidroklorik
dan sebagainya. Larutan alkali digunakan untuk menaikkan pH larutan nutrient.
Larutan ini boleh disediakan dengan melarutkan natrium bikarbonat, kalium
karbonat, kalium hidroksida atau natrium hidroksida.
c) Media
Tanaman
Media terbaik untuk
diisi dalam bekas tanaman haruslah mempunyai ciri-ciri berikut :-
·
Pegangan air 60 – 80 %
·
Mempunyai pengudaraan 20 – 40 %
·
Boleh memegang atau menyerap nutrient
·
Kebolehsuaian pH
·
Kebolehan penyusupan akar tanaman yang
baik
·
Bebas penyakit
·
Tidak mencemarkan alam sekitar
Berikut adalah jenis
media yang biasa digunakan di dalam teknologi penanaman secara fertigasi :
·
Pasir sungai (kasar dan halus)
·
Arang halus (sekam padi, tempurung, kayu
dan lain-lain)
·
Habuk sabut kelapa (coco peat)
·
Abu (sekam, kelapa sawit)
·
Rockwool,
perlite, vermiculite, dan sebagainya
·
Campuran bahan-bahan di atas
Setiap
jenis media mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Faktor kos dan
kedapatan boleh dijadikan pertimbangan untuk pemilihan media. Jenis media yang
digunakan akan mempengaruhi pengurusan tanaman kerana kadar pegangan air dan kestabilan pH yang berbeza.
Arang
sekam padi 100% adalah media yang sangat baik dan memenuhi kriteria media yang
dikehendaki. Selain telah dinyahkumankan melalui pembakaran, pH arang sekam
adalah stabil dan tidak ada berlaku proses pengkomposan tetapi sedikit beralkali
dan kadar pegangan air rendah. Habuk sabut kelapa (coco peat) mudah didapati dengan kos yang rendah.
Pengurusan
tanaman yang cekap diperlukan sekiranya tanaman ditanam menggunakan media ini.
Pengubahsuaian pH media yang kerap adalah diperlukan kerana selepas beberapa
minggu penanaman, pH media mulai tidak stabil akibat pengkomposan dan pegangan
air yang tinggi. Media bukan tanah digunakan bertujuan untuk mengelakkan
daripada penyakit bawaan tanah. Dengan itu, pemulihan media yang bebas penyakit
perlu diutamakan.
d) Bekas
Tanaman
Polibeg
putih adalah disyorkan kerana ianya dapat mengurangkan kadar penyerapan haba
bagi mengelakkan pengumpulan akar padat di bahagian tepi. Lain-lain bekas
seperti polibeg hitam, pasu plastik dan pasu tanah juga boleh digunakan. Setiap
jenis mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Isipadu bekas tanaman
yang minima adalah 10-12 liter. Bekas tanaman jenis bantal (slab) boleh digunakan. Bekas tanaman
mesti mempunyai lubang aliran keluar bagi mengelakkan air keluar. Lubang yang
baik ialah lubang yang terdapat di sekeliling bahagian tepi bekas tanaman.
Sebaiknya
bekas tanaman hendaklah diletakkan dan disusun di atas alas (sama ada bata,
plat, tungku dan sebagainya) dan pastikan supaya ianya tidak bersentuhan denga
tanah. Selain memberikan pengudaraan yang baik, kaedah ini juga dapat
mengelakkan jangkitan kuman daripada tanah dari bahagian bawah. Kadangkala akar
tanaman terkeluar dari bahagian bekas tanaman akan mendatangkan risiko jangkitan
penyakit oleh kulat, bakteria atau virus. Pastikan keadaan bahagian bawah bekas
tanaman atau kawasan penanaman tidak membenarkan air bertakung.
e) Biji
Benih Terpilih
Biji
benih yang baik dan terpilih telah siap sedia dirawat. Sesetengah biji benih
mempunyai jaminan rintang kepada beberapa jenis penyakit atau jangkitan kulat.
Sebagi contoh, pembungkusnya tercatat ‘resistant : TmVC5F1’ (bermaksud rintang
TM – tobacco mosaic, V – verticillium, C5 – cladosporium, F1 – fusarium, N
phytophora).
Biji
benih berkenaan dikenali sebagai precision
seed (dijual berdasarkan bilangan biji benih), boleh terus disemai ke dalam
media semaian yang telah siap disediakan. Biji benih hybrid F1 adalah hasil
kacukan pertama daripada dua baka terpilih. Pengusaha komersil banyak
menggunakan bji benih terpilih ini dan penggunaannya sangat disyorkan. Prestasi
tanaman lebih seragam dan hasil yang dikeluarkan juga adalah memuaskan.
Biji
benih yang hendak disemai atau ditanam mestilah bernas, variasi yang terpilih,
dan bakal menghasilkan produk yang diterima oleh pengguna atau pasaran.
Pengusaha yang ingin memulakan bidang usaha ini perlu mendapatkan nasihat
daripada pihak yang lebih pakar terlebih dahulu.
f) Alat
Pengukur
Dalam
amalan pertanian tepat precision farming, ketepatan adalah perlu. Alat pengukur
asas yang diperlukan adalah meter pH (potential
of hydrogen) dan EC (electrical
conductivity). Lain-lain alat pengukur seperti jangka suhu, jangka lembap,
DO meter (dissolved oxygen meter), Light
meter dapat membantu dalam pengurusan tanaman. Sesuatu maklumat itu
diperolehi dengan tepat melalui alat pengukur. Alat pengukur yang digunakan
mestilah diselenggara selalu dan memastikan kuasa bateri mencukupi untuk
menghasilkan bacaan. Aktiviti biasa ialah mencuci alatan dengan menggunakan
spirit atau etanol.
Alat
pengukur perlu dibuat kaliberasi setiap minggu atau setiap kali hendak
digunakan. Kaliberasi dilakukan terhadap alat pengukur menggunakan larutan
standard yang boleh diperolehi daripada pembekal atau pembekal alatan makmal.
3.3 Penyediaan Biji Benih
Bagi tanaman seperti tomato, ianya dibiakkan menggunakan
biji benih. Biji benih tomato adalah sangat kecil tetapi mudah bercambah
apabila disemai dengan betul dan begitu juga biji benih bagi tumbuhan berbuah
yang lain. Pengurusannya perlu cermat supaya dapat memperoleh peratus
percambahan yang tinggi.
a. Bekas
Semaian
Beberapa
bekas semaian boleh digunakan untuk memudahkan kerja0kerja menyemai dan
memindahkan pokok ke ladang. Di antara bekas semaian adalah seperti pot
plastik, potongan PVC, kerek, polibeg kecil 3” x 5” dan lain-lain. Dulang
semaian 104 lubang adalah yang paling disyorkan.
b. Penyediaan
Media Semaian
Media
semaian memainkan peranan utama dalam proses percambahan biji benih dan
pembesaran tanaman. Pelbagai media semaian yang terdapat di pasaran boleh
digunakan. Media yang baik menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas
penyakit, dan kos yang berpatutan. Penggunaan peat moss sebagai adalah yang terbaik dan praktikal. Peat moss diperbuat daripada tanah
gambut yang diproses dan diperkaya dengan sedikit nutrient. Ia dijual di dalam
bungkusan 70 – 80 liter dengan mengekalkan kelembapan 50 – 60%. Penggunaanya
amat disyorkan. Lain-lain media yang boleh digunakan ialah habuk sabut (coco peat) dan jiffy 7.
Penggunaan
habuk sabut perlu dilembapkan terlebih dahulu dengan larutan baja pada
kepekatan 1.5 mS/cm (bacaan EC meter). Tujuan rendaman di dalam larutan baja
supaya media semaian dapat membekalkan sedikit nutrient di awal pertumbuhan
anak pokok.
Sediakan
larutan baja yang dikehendaki secukupnya di dalam satu bekas takungan. Rendam
dan gaulkan habuk sabut ke dalam larutan baja dan biarkan selama 2-3 jam.
Selepas itu, media boleh digunakan.
c. Menyemai
Biji Benih
Biji
benih yang dijual biasanya telah dirawat dengan racun kulat dan boleh terus
disemai di dalam pot atau dulang semaian berisi media semaian. Letakkan biji
benih 0.5 – 1.0 cm dari paras permukaan media. Tutup lubang (timbuskan biji
benih) tersebut menggunakan media tanpa memadatkannya. Teknik menyemai yang
betul mempengaruhi percambahan dan pertumbuhan yang seragam di tapak semaian.
Bermula dengan kedalaman perletakan biji benih, kelembapan media, jenis
siraman, kawalan perosak dan lain-lain pengurusan juga mesti dilakukan dengan
teliti dan sempurna.
Jika
menggunakan pot 8 cm x 8 cm, semaikan biji benih pada lubang yang berlainan.
Manakala dulang semaian 104 lubang, semaikan hanya sebiji benih bagi setiap
lubang. Susunkan pot-pot semaian dengan rapi di atas rak yang sesuai di bawah
lindungan dengan 50 – 70 % cahaya. Menyemai di atas rak mempunyai kelebihan
tersendiri iaitu mencegah perosak (seperti semut) dan ketinggian rak 1m
memudahkan kerja pengurusan.
Jumlah
anak pokok semaian yang disemai hendaklah 20 – 30 % lebih daripada jumlah
sebenar yang diperlukan di ladang. Ianya perlu diambil kira bagi tujuan
penakaian dan pemilihan anak pokok sahaja untuk diubah ke ladang.
d. Menyiram
Kaedah
merendam dulang semaian di dalam larutan baja (kepekatan 1.5 – 1.8 mg) adalah
disyorkan. Ini dilakukan dengan memasukkan dulang ke dalam takungan larutan
baja sedalam 2 cm sehingga membasahi keseluruhan media. Cara ini akan memberi
kesan kelembapan media lebih menyeluruh di samping mengurangkan kekerapan
ulangan siraman (2-3 hari sekali sahaja). Satu lagi kaedah yang boleh digunakan
adalah semburan halus atau kabus. Siraman dilakukan setiap hari kekerapan 2-3
kali/hari mengikut jenis media yang digunakan.
e. Penakaian
Anak
pokok sesuai dipindahkan ke ladang pada ketinggian 10 – 15 cm. penakaian
dilakukan serentak dengan pemilihan anak pokok semaian yang terbaik untuk
dipindahkan ke ladang. Jika menggunakan biji benih terpilih, dan kaedah menyemai yang sempurna, kadar yang
ditakai sangat sedikit. Ciri-ciri anak pokok yang terpilih adalah sihat, subur,
mempunyai pertumbuhan yang seragam (uniform), tegap, daun tidak kerinting, dan
tiada jangkitan virus atau penyakit.
3.4 Persediaan Sebelum Menanam
Sebelum anak pokok dipindahkan ke ladang, beberapa
perkara perlu dilakukan lebih awal, ini termasuklah menyediakan batas atau
barisan tanaman, menguji sistem pengairan, menyediakan bekas berisi media
tanaman, rawatan media, dan lain-lain.
a. Penyediaan
Media Tanaman
Media yang biasa
digunakan ialah arang sekam, coco peat
100%, atau campuran keduanya dengan nisbah 1:1 (arang : habuk sabut) berasaskan
isi padu. Serat (fiber) yang berlebihan hendaklah dibuang terlebih dahulu.
Pengusaha boleh menggunakan media tanaman lain yang murah dan mudah didapati
berhampiran kawasan. Media yang diisi hendaklah memenuhi paras polibeg
tersebut. Pastikan media yang diisi di dalam bekas tanaman benar-benar padat. Polibeg
berisi media disusun di atas bata dengan menindihkan sub-line sistem pengairan
di bawah bekas tanaman supaya kelihatan lebih kemas. Dengan kedah ini juga
dapat mengurangkan suhu larutan nutrien yang mengalir di dalam saluran
tersebut. Susunan bekas tanaman adalah mengikut pemasangan sistem pengairan.
Setiap satu penitis sesuai untuk satu bekas tanaman. Ada pelbagai sistem boleh
dipraktikkan berasaskan keperluan pengurusan dan mengoptimakan hasil
pengeluaran.
a. Menyusun
Bekas
Bekas
tanaman yang berisi media padat disusun mengikut jarak penitis sistem pengairan
yang disediakan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 45 cm x 135 cm. semua bekas
tanaman hendaklah diletakkan di atas batu bata untuk mengelakkan air bertakung
di bawah polibeg, memberi pengudaraan yang baik dan mencegah daripada jangkitan
perosak dan penyakit dari tanah. Air atau larutan nutrient yang meleleh keluar
dari bahagian bawah polibeg akan terus mengalir.
Sebagai
alternatif, barisan tanaman boleh diperbuat daripada tanah dan ditutup dengan
plastik, membentuk batas, barisan batu bata atau batang paip GI (galvanize iron) yang diletakkan di atas
batu seperti tungku.
Untuk
mengelakkan masalah rumpai, adalah disyorkan supaya lantai SPH ditutup dengan ‘weed control mat’ sebelum menyusun batu
bata dan bekas tanaman.
Arah
barisan yang baik ialah utara ke selatan supaya tanaman mendapat cahaya yang
cukup. Pada barisan ini juga bekas tanaman berisi media disusun rapi.
b. Memasang
Dan Menguji Sistem Pengairan
Sistem
pengairan yang diperlukan ialah sistem pengairan titis. Pemasangan sistem
pengairan yang sempurna sangat penting kerana semua nutrient akan diagihkan
melaluinya sepanjang masa. Perancangan yang rapi dan tepat perlu dibuat. Tentukan
operasi sistem sama ada secara gravity, aliran terus atau pam yang berjalan
secara manual atau automatik. Dapatkan khidmat nasihat daripada orang yang
berpengalaman. Gunakan paip jenis PVC atau polietilena. Saiz paip yang dipasang
mestilah menurun saiznya dari pam ke pangkal tanaman. Ini bermaksud bermula
dari saiz besar kepada kecil. Panjang sub-line yang disyorkan mestilah tidak
melebihi 30 m daripada saluran utama. Sub-line
yang lebih pendek adalah lebih baik. Set penitis yang mempunyai kadar air 2L/H
disambungkan kepada sub-line melalui ‘adaptor’ atau ‘nipple’ dengan tiub mikro yang bersaiz 3.5 mm. Set penitis
hendaklah seragam dan pada arah yang sama dengan jarak tanaman yang disyorkan
iaitu 45 cm. Uji sistem pengairan terlebih dahulu sebelum diterima pakai
seterusnya. Pastikan tiada kebocoran, tidak tersumbat, titisan adalah seragam
dan lancar.
c. Rawatan
Media Tanaman
Rawatan
media tanaman bermaksud membuang sisa toksik yang ada pada media tanaman. Pada
pusingan pertama, rawatan media dilakukan dengan membasah dan membilas
keseluruhan media dengan air bersih sahaja. Tujuannya untuk membasahi
keseluruhan media dan mengeluarkan sebarang kandungan mineral yang tidak
diperlukan. Bagi pusingan kedua dan seterusnya media tanaman perlu dirawat.
Media tanaman perlu disiram sehingga basah keseluruhannya dengan menggunakan
larutan pembasmi kuman. Contoh pembasmi kuman yang biasa digunakan ialah cecair
klorin, Dettol, cidol dan lain-lain. Pencairan larutan dilakukan mengikut syor
yang terdapat pada label bahan yang digunakan. Bancuhan pembasmi kuman
dialirkan melalui sitem pengairan. Secara tidak langsung, sistem pengairan juga
disteril. Biarkan selama 2-3 hari kemudian barulah dibilas semula dengan air
bersih sebelum memindahkan anak pokok ke ladang.
d. Penyediaan
Larutan Stok Baja (Nutrient)
Baja
yang digunakan dalam sistem fertigasi adalah dalam bentuk larutan. Bentuk asal
campuran baja adalah garam mineral pepejal. Oleh itu formulasi campuran bahan
perlu dilarutkan terlebih dahulu.
·
Kaedah Penyediaan Larutan Stok
Sediakan
dua (2) buah tangki stok yanh sama saiz (contoh 100 L). isikan air bersih
sehingga separuh penuh ke dalam tangki tersebut. Masukkan semua bahan formulasi
campuran A ke dalam tangki A dan kacau sehingga larut. Masukkan semua bahan
formulasi campuran B ke dalam tangki B dan kacau sehingga larut kesemuanya.
Tambahkan air bersih ke dalam tangki tersebut sehingga penuh supaya larutan
stok A dan stok B sama banyak. Tutupkan bekas larutan stok dan letakkan stok di
tempat teduh. Elakkan dari terkena pancaran terus cahaya matahari atau
kepanasan. Larutan stok yang baru disediakan tidak boleh diguna serta merta
kerana tindak balas kimia belum selesai dan belum stabil. Biarkan larutan stok
tersebut selama 12-24 jam sebelum digunakan.
·
Menyediakan
Larutan Nutrient Untuk Pengagihan
Isikan
air bersih ke dalam tangki nutrient sehingga hampir penuh. Sukat larutan stok A
dan masukkan ke dalam tangki nutrient. Kemudian sukat larutan stok B pada jumlah yang sama dengan stok A dan
masukkan ke dalam tangki nutrient. Kacau larutan tersebut dengan sekata. Ukur
kepekatan larutan dengan menggunakan meter EC. Ulangi penambahan larutan stok A
dan stok B pada jumlah yang sama sehingga kepekatan atau bacaan pada meter EC menunjukkan
kepekatan yang dikehendaki (rujuk jadual pembajaan). Jika terlebih pekat,
tambahkan air dan sukat semula kepekatan sehingga mencapai kepekatan yang
dikehendaki. Setelah kepekatan nutrient diperolehi, sukat pH nutrient. Lakukan
pelarasan pH nutrient dengan menambah larutan asid/alkali ke dalam tangki
nutrient sehingga pH yang dikehendaki diperolehi.
Dua
perkara penting yang hendak ditentukan semasa penyediaan larutan nutrient di
dalam tangki iaitu pH dan kepekatan larutan kerana ia akan memberi kesan
serta-merta kepada pertumbuhan tanaman. Kepekatan nutrient bergantung kepada
jenis tanaman, peringkat umur tanaman dan cuaca (suhu, kelembapan dan kedapatan
cahaya matahari). Larutan yang lebih pekat disediakan untuk tanaman pada
peringkat matang berbanding pada peringkat vegetatif. Kepekatan yang lebih
tinggi juga diperlukan apabila suhu rendah dan kedapatan sedikit cahaya
matahari.
3.5 Pengurusan
Di Ladang
Pengurusan
di peringkat ladang memerlukan komitmen yang tinggi dan tumpuan rapi bagi menjamin
pengeluaran yang maksima. Penanaman secara fertigasi memerlukan tindakan yang
segera dan tepat. Sebarang masalah ladang dan perubahan negatif pertumbuhan
tanaman perlu diatasi segera.
a. Mengubah
Anak Pokok Ke Ladang
Pemilihan
anak pokok di semaian dibuat terlebih dahulu. Hanya anak pokok yang sihat,
subur, normal dan seragam sahaja yang akan diatanam di dalam polibeg di ladang.
Buat lubang penanaman di tengah polibeg. Keluarkan anak pokok dari dulang
semaian dengan cermat supaya akarnya tidak rosak. Letakkan anak pokok di lubang
penanaman supaya bahagian atas media separas dengan permukaan media di dalam
polibeg. Padatkan media di sekeliling anak pokok tersebut supaya titisan air
siraman mudah diserap oleh akar. Kemudian, cucuk penitis 3 - 4 cm berhampiran
pangkal anak pokok. Ini bertujuan bagi memastikan nutrient yang diberi terus
membasahi zon perakaran. Sebaik sahaja kerja-kerja mengubah anak pokok selesai,
siraman air baja terus diberikan. Mulakan pemberian baja dengan kepekatan
rendah 1.4 – 1.6 mS/cm.
b. Menyulam
Kerja-kerja
menyulam (menggantikan tanaman yang mati atau terencat) dilakukan secepat
mungkin dalam tempoh satu (1) minggu selepas ditanam. Ini bertujuan mendapatkan
pertumbuhan yang seragam.
c. Program
Pembajaan
Pemberian
nutrient diberikan melalui sistem pengairan titis. Air baja hanya diberikan
pada waktu siang hari sahaja. Faktor-faktor yang mempengaruhi larutan baja adalah
umur pokok, suhu sekeliling, kedapatan cahaya dan kelembapan udara. Kepekatan
larutan baja bertambah dangan pertambahan umur pokok. Kepekatan baja lebih
tinggi diperlukan jika cahaya berkurangan atau suhu rendah. Pemberian larutan
baja setiap 1.5 – 2 jam sekali. Pernafasan akar yang sempurna mengurangkan
keguguran bunga dan mengelakkan kadar relai di tangkai.
Berikut
panduan pemberian larutan baja.
Umur
(minggu)
|
Kuantiti
(ml/hari)
|
Kepekatan
(mS/cm)
|
pH
larutan
|
Kekerapan
sehari
|
1
|
300
– 500
|
1.4
– 1.6
|
5.8
– 6.3
|
5-7
kali ikut cuaca
(cuaca panas lebih kerap)
|
2
|
400
– 600
|
1.4
– 1.6
|
5.8
– 6.3
|
|
3
|
700
– 800
|
1.4
– 1.6
|
5.8
– 6.3
|
|
4
|
800
– 1200
|
1.6
– 1.8
|
5.8
– 6.3
|
|
5
|
1200
– 1500
|
1.6
– 1.8
|
5.8
– 6.3
|
|
6
|
1200
– 1500
|
1.6
– 1.8
|
5.8
– 6.3
|
|
7
|
1500
– 1800
|
1.8
– 2.0
|
5.8
– 6.3
|
|
8
|
1500
- 1800
|
1.8
– 2.0
|
5.8
– 6.3
|
|
8
|
1500
– 1800
|
1.8
– 2.0
|
5.8
– 6.3
|
|
>10
|
>1800
|
1.8
– 2.8
|
5.8
– 6.3
|
Setiap hari pemberian
larutan baja dimulakan setelah adanya pancaran matahari bermula jam 8.00 – 9.00
pagi dan diikuti setiap 1.5 – 2 jam sekali. Berikut adalah panduan pengagihan
nutrient.
Jam
|
Tempoh
titisan (min)
|
||
Umur
di ladang
(1
– 3 mimggu)
|
Umur
di ladang
(4
– 7 minggu)
|
Umur
di ladang
(8
minggu ke atas)
|
|
9.00
pg
|
3
- 5
|
6
– 10
|
10
– 15
|
10.30 pg
|
3
- 5
|
6
– 10
|
10
– 15
|
12.00 tgh
|
3
- 5
|
3
- 5
|
8
– 10
|
1.00 tgh
|
3
- 5
|
3
- 5
|
6 - 8
|
2.00 ptg
|
3
- 5
|
3
- 5
|
6
- 8
|
3.00 ptg
|
3
- 5
|
3
- 5
|
6
- 8
|
4.00 ptg
|
3
- 5
|
3
- 5
|
6
- 8
|
3
- 5
|
3
- 5
|
6
- 8
|
Sekiranya berlaku
kelewatan memindahkan anak pokok ke ladang di mana saiz pokok terlebih besar, pemberian larutan baja
diperingkat awal dimulakan dengan kepekatan sekitar 1.8 – 2.0 mS/cm. Sekiranya
penyiraman dibuat secara manual, titisan larutan baja dihentikan sebaik sahaja
terdapat lelehan baja keluar dari bawah polibeg. Ini menunjukkan media telah
cukup lembap.
d. Melatih
Pertumbuhan Pokok
Melatih
pertumbuhan pokok bermaksud membentuk pokok supaya mempunyai struktur yang
seimbang, mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti serta memanjangkan
hayat. Kaedah yang dilakukan adalah dengan membuat cantasan dan melilit tanaman
pada penyokong. Penanaman secara fertigasi mempunyai kepadata yang tinggi. Oleh
itu cantasan yang betul mesti dijalankan supaya persekitaran tanaman mempunyai
pengudaraan dan cahaya yang mencukupi serta kelembapan yang baik. Jumlah daun
yang optima perlu untuk proses fotosintesis yang sempurna. Cantasan sangat
mempengaruhi jumlah dan kualiti hasil serta ketahanan hayat tanaman. Penggunaan
alat cantasan seperti gunting atau pisau cantasan harus dielakkan melainkan
ianya disterilkan dari semasa ke semasa. Ini bertujuan menghindarkan tanaman
daripada jangkitan kuman (virus/bakteria) melalui alatan tersebut kepada
tanaman yang sihat. Cantasan menggunakan tangan hendaklah dilakukan dengan
cermat dan elakkan menyentuh kawasan luka pada tanaman. Sebaiknya setelah
kerja-kerja mencantas dilakukan, semburan pencegahan penyakit (racun kulat)
dilakukan.
Elakkan
dari melakukan cantasan berlebihan pada satu-satu masa. Ini boleh menyebabkan
tekanan kepada pokok dan pokok mengalami proses penuaan (ageing) atau
memendekkan hayat pokok. Pengurusan cantasan tanaman di tanah rendah perlu
lebih sensitif. Cantasan secara berperingkat seperti berselang baris baik
diamalkan untuk mengelakkan daripada perubahan persekitaran yang mendadak dari
segi suhu, pengudaraan dan kelembapan.
Bagi
pokok berbuah yang berdahan lembut seperti tomato, tali rafia perlu diikat pada
polibeg dan lilitkan batang pokok pada tali raffia. Kerja-kerja ini perlu
dilakukan pada jangka masa 2 minggu setelah pokok dipindahkan ke ladang.
Disyorkan untuk menggunakan tali raffia yang kukuh dan padat. Elakkan dari
menggunakan tali raffia yang berwarna biru atau kuning. Warna tersebut boleh
menarik kehadiran serangga perosak.
e. Pemantauan
Ladang
Pemantauan
ladang perlu dilakukan secara berterusan. Tujuannya mengesan sebarang masalah
ladang di peringkat awal. Dengan ini tindakan segera boleh dibuat untuk mengatasinya.
Di antara komponen ladang yang perlu dipantau ialah:
·
Struktur pelindung hujan (bumbung plastik,
jaring serangga, dan trellis)
·
Sistem pengairan (filter, timer,
titisan, penyambungan)
·
Prestasi tanaman (saiz, kesuburan,
ketinggian pelekatan buah, dan lain-lain)
·
Diagnostic tanaman (simptom serangan
perosak atau kekurangan nutrient)
·
Kebersihan ladang (rumpai, sisa tanaman,
bekas-bekas baja/racun atau sebagainya)
3.6 Diagnostik
Masalah Tanaman
Diagnostik masalah tanaman dilakukan
berterusan untuk mengenalpasti sebarang simptom yang berlaku pada tanaman sama
ada serangan penyakit, perosak atau masalah nutrient. Tindakan segera diambil
untuk mengatasi masalah tanaman daripada merebak. Berikut adalah beberapa
masalah bagi tanaman tomato secara fertigasi dan cara mengatasinya.
a. Simptom
1 – bahagian bawah daun muda (pucuk) berwarna ungu tua (dark purple)
·
Punca – pH media rendah
·
Tindakan – betulkan pH media dengan melakukan
bilasan menggunakan larutan yang mempunyai bacaan 6.0 – 6.3
·
Kaedah – lakukan di awal pagi sebelum
pembajaan yang pertama. Titiskan larutan baja kepekatan rendah (pH 6.0 – 6.3 )
dengan banyak sehingga terdapat lelehan dari bawah polibeg selama 5-10 minit.
Ulangi bilasan satu kali sehari sehingga pertumbuhan normal (pucuk baru keluar
dan batang utama kehijauan)
b. Simptom
2 – ruas pendek, daun muda bergulung atau mengeras, urat daun berwarna ungu
·
Punca – kekurangan unsur boron kesan pH
media rendah
·
Tindakan – betulkan pH media dengan
melakukan bilasan. Sembur dengan larutan boron.
·
Kaedah ;
i.
lakukan di awal pagi sebelum pembajaan
yang pertama. Titiskan larutan baja kepekatan rendah (pH 6.0 – 6.3 ) dengan
banyak sehingga terdapat lelehan dari bawah polibeg selama 5-10 minit. Ulangi
bilasan satu kali sehari sehingga pertumbuhan normal.
ii.
Larutkan 1 -2 g Hibor atau asid boric
dalam air 18 liter. Sembur 4 – 5 hari/kali sehingga pulih.
c. Simptom
3 – daun hijau tetapi pertumbuhan normal atau terbantut. Terdapat bintik-bintik
atau akar udara pada pangkal batang.
·
Punca – media terlalu lembab. Akar tidak
dapat bernafas.
·
Tindakan – kurangkan pemberian larutan
nutrient di sebelah petang sekiranya pokok tidak layu. Pastikan di sebelah
petang, media dalam polibeg perlu dikeringkan dan menjadi ringan. Henti siraman
terakhir lebih awal (sebelum jam 4.00 petang)
d. Simptom
4 – warna pada sebiji buah berbelang (warna tidak seragam)
·
Punca – nutrient tidak seimbang,
khususnya nitrogen dan fosforus
·
Tindakan – periksa nisbah campuran baja
dan pH larutan nutrient. Pastikan campuran larutan dibuat dengan sekata, dan
dibiarkan beberapa jam sebelum diagihkan ke ladang.
e. Simptom
5 – bahagian bawah tomato muda berwarna hitam seakan busuk
·
Punca – kekurangan kalsium (Ca). ada
kaitan dengan pH media yang rendah.
·
Tindakan – periksa nisbah kalsium (Ca)
dalam campuran bajadan betulkan pH media. Lakukan bilasan media (rujuk simptom
satu)
f. Simptom
6 – pucuk dan daun muda berkerekot, warna kuning, urat daun berkedut.
·
Punca – kesan serangan atau jangkitan
virus
·
Tindakan – musnahkan pokok yang
diserang. Kawal serangga pembawa (vektor) dengan semburan kawalan berterusan.
g. Simptom
7 – daun tua (bahagian bawah bergulung ke atas), warna daun agak pudar
·
Punca – suhu pada waktu siang terlalu
panas, atau perbezaan suhu siang dan malam yang terlalu besar
·
Tindakan – kekalkan media dalam keadaan
sentiasa lembap sekitar 70 %. Lakukan titisan sedikit demi sedikit tetapi lebih
kerap dengan semburan kawalan berterusan.
h. Simptom
8 – buah matang seakan jernih, kulit buah tipis, selalu terjadi apabila buah
banyak atau pokok sudah tua.
·
Punca –
kekurangan unsur kalium (K)
·
Tindakan – tambah unsur K dalam larutan
baja atau terus ke dalam tangki agihan nutrient ke ladang. Larutkan 1-2 kg
kalium sulfat atau kalium nitrat di dalam suatu bekas. Biarkan beberapa jam
sebelum diagihkan ke ladang.
Di
antara langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan adalah dengan pengawalan
rumpai, kebersihan ladang, saliran dan semburan kawalan perlu diamalkan.
Semburan pencegahan menggunakan campuran racun kulat dan serangga dilakukan
setiap minggu. Jika ada serangan wabak atau penyakit, semburan dikerapkan 2 – 3
kali seminggu menggunakan campuran kimia yang khas untuk masalah tersebut. Jangkitan
virus boleh merebak sehingga 50% dalam masa 2 – 3 hari. Tindakan segera perlu
diambil untuk mengatasi masalh tersebut.
3.7 Pengurusan
Perosak Dan Penyakit Tanaman
a. Kawalan
serangga
·
Ulat pengorek buah (chloridea obsolete F.)
i.
Bahagian diserang : buah, tunas, daun
dan bunga
ii.
Peringkat pokok : serangan apad
peringkat berbunga dan berbuah
iii.
Simptom : buah berlubang dan busuk,
pucuk muda dan buah dimakan ulat
iv.
Kawalan : sembur keseluruhan pokok
dengan Bacillus thuringiensis, permethrin
atau acephate selang 14 hari jika
perlu. Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
·
Lalat buah (bactrocera sp.)
i.
Bahagian diserang : buah
ii.
Peringkat pokok : peringkat berbuah
iii.
Simptom : buah berlubang dan menjadi
reput. Buah-buahan busuk atau gugur sebelum matang
iv.
Kawalan : kutip buah-buah yang diserang
dan musnahkan secara menanam atau membakar. Sebagai kawalan, gunakan attractant
seperti methyl eugenol.
·
Hamama merah (tetranychus truncates)
i.
Bahagian diserang : daun dan bunga
ii.
Peringkat pokok : semua peringkat
iii.
Simptom : daun-daun yang diserang
berkerekot dan terdapat tompok-tompok kuning. Pertumbuhan pokok terbantut dan
bunga tidak terbentuk.
iv.
Kawalan : jika perlu, sembur dengan
racun serangga seperti dicofol atau propagate.
·
Lelompat daun (empoasca fabae)
i.
Bahagian diserang : daun
ii.
Peringkat pokok : semua peringkat
iii.
Simptom : semua serangga dan nim adalah
perosak, menghisap cairan pada permukaan bawah daun. Terdapat bintik putih pada
urat daun dan klorosis di tengah, tepi dan hujung daun. Jika serangan teruk,
daun akan melengkung ke bawah manakala tepi daun menggerutu.
iv.
Kawalan : menjaga kebersihan ladang dan
kawal dengan semburan racun seperti imidaclorprid bila perlu. Tumpukan semburan
di bawah permukaan daun (serangga ini biasanya bersembunyi di bawah daun)
·
Ulat ratus (spodoptera litura)
i.
Bahagian diserang : daun dan buah
ii.
Peringkat pokok : semua peringkat
iii.
Simptom : serangan ulat ini boleh
menyebabkan daun sayuran hanya tinggal urat dan batang sahaja
iv.
Kawalan : kutip dan musnahkan daun yang
diserang. Jika perlu, sembur racun seperti deltamethrin atau cyfluthrin. Ikut
kadar dan cara penggunaan seperti yang disyorkan pada label.
·
Kutu trips (thrips spp.)
i.
Bahagian diserang : daun dan buah
ii.
Peringkat pokok : semua peringkat
iii.
Simptom : nim dan trips dewasa adalah
perosak. Menghisap cairan bahagian pucuk, di bawah permukaan daun atau
permukaan buah. Daun menjadi keperangan, melengkung ke atas dan berkerekot.
Pertumbuhan pucuk terbantut, manakal kulit buah berparut berkeruping halus
berwarna keperangan.
iv.
Kawalan : menjaga kebersihan ladang,
gunakan sungkupan plastic bersinar bagi mengurangkan kehadiran kutu trips dan
sembur racun seperti imidaclorprid bila perlu. Ikut kadar dan cara penggunaan
seperti yang disyorkan pada label.
·
Lalat putih (bemisia tabacii)
i.
Bahagian
diserang : daun
ii.
Peringkat pokok : semua peringkat
iii.
Simptom : kehadiran lalat putih boleh
dikesan dengan adanya lingkaran putih pada permukaan daun. Serangga ini
menghisap cairan dari permukaan daun dan menghasilkan bintik-bintik klorosis
pada permukaan daun dan daun menjadi kekuningan. Bahan buangan lalat putih
adalah rembesan madu yang menggalakkan jangkitan kulat hitam yang akan menutupi
permukaan daun. Kehadiaran kulat ini akan menjejaskan proses fotosintesis dan
mengakibatkan proses tumbesaran pokok terbantut.
iv.
Kawalan : menjaga kebersihan ladang dan
sembur racun seperti malathion atau prefonofos jika perlu. Ikut kadar dan cara
penggunaan seperti yang disyorkan pada label.
b. Kawalan
penyakit
·
Hawar
phytophthora
i.
Penyebab : phytophthora infestants (kulat)
ii.
Bahagian diserang : daun dan buah
iii.
Cara merebak : air dan tanah
iv.
Simptom :
1. Daun
bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di hujung dan tepi daun
tua. Kemudian terdapat tompok-tompok putih di bahagian belakang daun. Akhirnya
pokok layu dan mati.
2. Pada
buah muda yang masih hijau, terdapat bintik lecuh (water soak) berwarna kelabu
yang membesar kepada saiz dan bentuk yang tidak menentu. Lama-kelamaan bahagian
yang diserang menjadi perang, berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.
v.
Kawalan :
1. Sembur
racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide.
2. Bakar
bahagian yang berpenyakit.
3. Pastikan
kawasan tanaman bersaliran baik.
4. Jaga
kebersihan kawasan tanaman.
·
Antraknos buah
i.
Penyebab : colletotrichum spp.
ii.
Bahagian diserang : buah
iii.
Cara merebak : biji benih dan angin
iv.
Simptom : jangkitan awal kelihatan lekuk
yang kemudian membesar menjadi tompok-tompok perang kehitaman. Serangan
menyebabkan buah menjadi reput.
v.
Kawalan :
1. Sebagai
pencegahan penyakit, gunakan biji benh yang sihat atau bajak reput relai ke
dalam tanah semasa penyediaan media.
2. Jika
terdapat serangan, musnahkan buah-buah yang berpenyakit atau sembur buah dengan
racun kulat seperti monzeb jika perlu.
·
Hawar alternaria
i.
Penyebab : alternaria solani
ii.
Bahagian diserang : batang, daun dan
buah
iii.
Cara merebak : angin
iv.
Simptom :
1. Terdapat
bintik-bintik berwarna perang pada batang dan daun tua. Bintik-bintik
kemudiannya membesar menjadi tompok yang berpusar hitam. Tisu daun di
sekeliling tompok selalunya bertukar warna kuning.
2. Buah
yang diserang mempunyai bintik lekuk, dan dipenuhi dengan spora-spora hitam.
Serangan selalunya bermula di bahagian hujung tangkai buah.
v.
Kawalan :
1. Sembur
dengan racun kulat copper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil jika perlu.
2. Bakar
bahagian yang berpenyakit
·
Rebut pangkal
i.
Penyebab : sclerotium rolfsii / rhozoctonia spp.
ii.
Bahagian diserang : pangkal pokok
iii.
Cara merebak : tanah
iv.
Simptom : daun-daun kelihatan layu.
Terdapat maisiliapada pangkal pokok yang berwarna perang kekuningan. Bahagian
yang diserang akan ditumbuhi sklerotia berwarna putih dan lama-kelamaan menjadi
coklat cerah. Akhirnya pangkal menjadi hitam dan reput.
v.
Kawalan :
1. Musnahkan
pokok yang diserang.
2. Pastikan
kawasan tanaman bersaliran baik.
3. Pastikan
kawasan tanaman telah reput sepenuhnya sebelum penanaman semula.
4. Gilirkan
tanaman dengan tanaman lain.
·
Layu fusarium
i.
Penyebab : fusarium spp.
ii.
Bahagian diserang : akar
iii.
Cara merebak : tanah dan air
iv.
Simptom : daun-daun menjadi kuning.
Kemudian daun menjadi kering bermula dari bahagian bawah pokok. Poko menjadi
bantut dan layu. Apabila batang berhampiran tanah dipoting, dapat dilihat xylem
menjadi hitam.
v.
Kawalan :
1. Pastikan
kawasan tanaman bersaliran baik.
2. Sembur
dengan racun kulat seperti benomyl atau canberdazim jika perlu.
3. Cabut
dan bakar pokok yang berpenyakit.
·
Layu bakteria
i.
Penyebab : ralstonia solanacearum
ii.
Bahagian diserang : batang dan akar
iii.
Cara merebak : air, tanah dan sentuhan
akar
iv.
Simptom :
1. Daun
kelihatan layu dan menjadi kuning.
2. Empulur
berwarna perang kehitaman dan berair.
3. Jika
akar atau batang dipotong dan direndam ke dalam air, ia mengeluarkan cecair
jaluran putih.
v.
Kawalan :
1. Gilirkan
tanaman yang berlainan dari keluarga Solanacaea.
2. Tentukan
saliran air baik di kawasan kebun.
3. Cabut
dan bakar pokok yang berpenyakit.
·
Virus mozek
i.
Penyebab : virus
ii.
Bahagian diserang : seluruh pokok
iii.
Cara merebak : kutu daun (pembawa
penyakit)
iv.
Simptom : daun berkerekot. Serangan yang
teruk menyebabkan pokok menjadi bantut, buah menjadi kecil dan berubah rupa.
v.
Kawalan :
1. Gunakan
biji benih yang sihat.
2. Kawal
kutu daun dengan menyembur racun serangga seperti malathion.
3. Musnahkan
pokok yang berpenyakit.
3.8 Mengutip
Hasil Dan Pengendalian Pasca Tuai
a. Pasca
tuai
Kerja-kerja memungut
hasil, penggredan dan pembungkusan dilakukan di ladang. Memungut hasil
dilakukan tepat pada waktunya mengikut indeks kematangan yang ditetapkan.
Penggredan dilakukan di
pusat pengumpulan. Tujuannya untuk mengasingkan buah-buah mengikut kualiti dan
kehendak pasaran. Di ladang-ladang komersil dan berskala besar penggredan
dilakukan serentak dengan pembersihan serta rawatan hasil.
3.9 Anggaran
Kos
Berikut
adalah anggaran kos pembangunan projek fertigasi bersaiz komersil iaitu
sebanyak 3000 beg di bawah struktur pelindung hujan. Kawasan yang diperlukan
ialah 0.2 hektar.
Bil
|
Perkara
|
Jumlah
(RM)
|
||
Kuantiti
|
Rendah
|
Tinggi
|
||
1
|
Penyediaan tapak / kawasan
|
0.1
hektar
(0.5
hektar)
|
3000.00
|
10000.00
|
2
|
Rumah lindungan 20’ x 100’
|
9
unit
|
81000.00
|
126000.00
|
Rumah operasi dan kelengkapan
|
1
unit
|
14000.00
|
24000.00
|
|
3
|
Sistem pengairan (operasi)
(tangki nutrient, pam, timer, filter, fitting, dsb)
|
1
set
|
3800.00
|
5000.00
|
4
|
Sistem pengairan (ladang)
(main
line, sub line, set penitis,
fitting dsb)
|
3000
poin
|
7500.00
|
12000.00
|
5
|
Baja (20000 – 30000 L cairan/set)
|
12
set
|
2400.00
|
3600.00
|
6
|
pH/EC/TDS meter
|
1
unit
|
600.00
|
1200.00
|
7
|
Polibeg putih 14” x 12”
|
80
kg
|
600.00
|
800.00
|
8
|
Media tanaman (cocoa peat, arang sabut)
|
500
beg
|
2000.00
|
3000.00
|
9
|
Media (peat moss) & dulang semaian
|
1
set
|
200.00
|
300.00
|
10
|
Trellis (tiang besi dan dawai hijau)
|
9
set
|
2500.00
|
4000.00
|
11
|
Batas bata dan plastic
|
9
set
|
2000.00
|
3000.00
|
12
|
Racun serangga/ kulat/ hormon/
disinfectant
|
1
set
|
800.00
|
1500.00
|
13
|
Biji benih (1000biji/bekas)
|
7
bekas
|
1600.00
|
1960.00
|
14
|
Rumah operasi & setor 20’ x 80’
|
1
buah
|
7500.00
|
10000.00
|
15
|
Tong penyembur (mist/ power spray)
|
1
unit
|
1400.00
|
1800.00
|
16
|
Bekas hasil
|
800.00
|
1200.00
|
|
17
|
Kereta sorong
|
2 unit
|
200.00
|
300.00
|
18
|
Elektrik (penyambungan & bulanan)
|
300.00
|
600.00
|
|
19
|
Air & sumber air (penapis dsb)
|
300.00
|
600.00
|
|
20
|
Upah/ tenaga (sebulan)
|
1500.00
|
2000.00
|
|
21
|
Susut nilai (10% setahun kos tetap)
|
8000.00
|
12000.00
|
|
JUMLAH
|
142000.00
|
224860.00
|
Bab
4
DI
UNIT PEMPROSESAN
4.1 Sos Cili
Bahan-bahannya :
·
1 kg cili kering
·
5.5 kg gula pasir
·
375 gm garam
·
750 gm MCS (Modified Corn Starch)
·
200 gm bawang putih
·
121 ml cuka asli
·
12.5 gm sodium benzoate
·
11 liter air untuk mengisar
·
1.5 liter air untuk membancuh MCS
Cara membuatnya :
1. Cili
dibuang bijinya, dibasuh dan direbus sehingga empuk.
2. Bawang
putih dibuang kulitnya dan bahan-bahan lain disediakan mengikut sukatan.
3. Cili
dan bawang dikisar dengan sedikit air sehingga lumat. Selepas ini masukkan ke
dalam periuk bersama dengan ramuan lain. Campuran ini dimasak dengan pekat.
4. Botol di steril dengan air panas untuk membasmi
kuman.
5. Sos
diisi ke dalam botol semasa masih panas.
6. Botol
ditutup, dibubuh label dan di seal kan.
4.2 Sos Pencicah
Bahan-bahannya :
·
1000 gm cili kering
·
4996 gm gula pasir
·
713.9 gm gula Melaka
·
1361 gm cuka 10%
·
570 gm garam
·
285.9 gm MCS
·
13.6 gm belacan
·
285.9 gm bijan goreng
·
214.0 gm bawang putih
·
13.6 gm bahan perisa (MSG)
·
13.6 gm sodium benzoate
·
9990 gm air
Cara membuatnya :
1. Cili
kering dibersihkan, direbus sehingga empuk.
2. Cili
dicuci dan ditoskan, dikisar bersama bawang putih, belacan dan sedikit air.
3. Bahan-bahan
yang dikisar dimasukkan ke dalam periuk masak. Masukkan garam, gula, gula
Melaka dan air yang selebihnya.
4. Bancuh
MCS dan masukkan ke dalam adunan.
5. Masukkan
cuka dan sodium benzoate.
6. Masukkan
bijan goreng dan bahan perasa apabila sos mendidih.
4.3 Sos Rojak
Bahan-bahannya :
·
3200 gm gula pasir
·
1600 gm gula merah
·
2 botol kicap besar
·
2 sudu teh ibu cuka
·
160 gm belacan / petis / otak udang
·
800 gm lada kering
·
5 sudu makan garam
·
16 gm sodium benzoate
·
200 gm MCS
·
800 gm kacang tanah (digoreng tanpa
minyak dan ditumbuk kasar)
·
200 gm bijan (goreng tanpa minyak)
Cara membuatnya :
1.
Cili kering dikisar.
2.
Gula merah di masak bersama air dan
tapis.
3.
Masukkan cili yang dikisar, gula merah,
dan kicap ke dalam periuk.
4.
Bancuh MCS dan masukkan ke dalam adunan.
5.
Masak dengan api perlahan sehingga
mendidih dan masak lagi.
6.
Masukkan sodium benzoate.
7.
Kacau supaya tidak berketul dan masukkan
kacang tanah dan bijan.
8.
Angkat dan botolkan semasa masih panas.
4.4 Air Soya
Untuk membuat
air soya, kacang soya perlu ditimbang dan direndam selama 3 – 4 jam untuk ianya
mengembang. Setelah mengembang, basuh dan toskan kemudian dikisar. Kisar kacang
soya dengan air yang telah disukat. Nisbah air untuk kacang soya ialah 1 kg :
10 liter. Kebiasannya kacang soya yang telah kembang akan mencapai berat 2 kali
ganda dari berat asal.
Kacang soya hendaklah dikisar selama 2 kali untuk mendapat
kisaran yang halus. Setelah dikisar, kacang soya perlu dispin dengan mesin pengering
kacang soya. Kacang soya kisar perlu dispin sebanyak dua kali di sini. Setelah
di spin, air kacang soya yang diperolehi hendaklah di rebus dengan menggunakan
periuk.
Air soya direbus sehingga mendidih. Jangan lupa untuk
memasukkan sedikit garam untuk menambah lemak pada air kacang soya dan menambah
daun pandan semasa merebus untuk menaikkan bau air kacang soya.
Air gula akan ditambah setelah air soya siap. Ianya
mengikut selera masing-masing.
4.5 Tauhu Manis
Tauhu
manis atau lebih dikenali sebagai pati soya atau taufu fah adalah sejenis
produk daripa kacang soya. Untuk membuatnya, kacang soya ditimbang mengikut
berat yang dikehendaki. Setelah ditimbang, kacang soya akan direndam selama 3 –
4 jam untuk membiarkannya mengembang.
Setelah
ianya mengembang, basuh dan toskan. Kisar kacang soya mengikut nisbah air yang
ditetapkan iaitu 1 kg : 6 liter air. Berat kacang soya yang telah direndam akan
meningkat dua kali ganda. Pastikan air yang telah disukat benar-benar tepat.
Dalam menghasilkan tauhu manis, air tidak boleh melebihi sukatan yang telah
ditetapkan, jika air terlebih, maka dikhuatiri tauhu manis tidak akan menjadi.
Kacang
soya juga dikisar sebanyak 2 kali. Setelah dikisar, air kacang soya dispin
sebanyak dua kali. Kebiasaannya setelah dispin, masih terdapat hampas yang
tertinggal pada kain, kain yang digunakan untuk spin air kacang soya juga perlu
ditukar bagi setiap kali dispin.
Setelah
siap dispin, air kacang soya akan di rebus sehingga mendidih. Jangan lupa untuk
meletakkan daun pandan semasa merebus. Pastikan air kacang soya benar-benar
mendidih. Jika diambil tanpa mendidih sebetulnya, maka tauhu manis tidak akan
menjadi, ianya akan hancur dan berbau soya mentah.
Untuk
menjadikannya keras, ianya memerlukan tindak balas kimia. Nisbah bagi bahan
kimia yang digunakan adalah seperti berikut.
Kacang
soya
|
Air
(untuk kisar)
|
GDL
|
Tepung
jagung
|
1
kg
|
6
liter
|
10
gm
|
50
gm
|
3
kg
|
18
liter
|
30
gm
|
150
gm
|
GDL dan
tepung jagung hendaklah dimasukkan ke dalam bekas dan sentiasa di kacau bagi
mengelakkan ianya beku. Kemudian, air soya yang telah mendidih dimasukkan ke
dalam bekas yang berisi dua bahan tadi. Setelah air soya dimasukkan, jangan
alihkan bekas tersebut, tutup bekas tersebut dan biarkan ianya mengeras. Jika
dialih, tauhu manis tidak akan menjadi dan pecah.
Setelah
beberapa jam, lihat bekas tersebut, jika telah menjadi, tauhu manis tersebut
boleh diceduk dan dimasukkan ke dalam bekas. Air gula boleh dipilih mengikut
selera sama ada mahu menggunakan air gula putih atau air gula merah. Semuanya
mengikut selera. Setelah memasukkan air gula, tauhu manis boleh dihidang.
4.6 Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa
dara dinamakan sedemikian kerana proses pembuatannya tidak menggunakan api.
Cara pembuatannya tidak rumit tetapi memerlukan ketelitian dan juga kesabaran. Terdapat
tiga teknik dalam menghasilkan minyak kelapa dara iaitu teknik pemeraman
(dibiar di luar selama 24 – 36 jam), pembekuan (disimpan di peti sejuk beku
selama 24-36 jam) dan juga pemancingan (menitiskan minyak kelapa dara yang
sedia ada untuk memancing minyak kelapa dara yang lain untuk terhasil). Teknik
yang kami gunakan di sini adalah dua iaitu pemeraman dan juga pembekuan. Kelapa
yang digunakan tidak boleh busuk dan dalam proses pembuatannya memakan masa.
Nisbah air yang digunakan dalam membuat minyak kelapa dara ialah 5 biji kelapa
2 liter air.
Kelapa-kelapa tersebut perlu dibelah dan diparut. Setelah
diparut, perah kelapa parut tersebut. Kelapa parut tersebut perlu diperah
sebanyak 3 kali untuk mendapatkan pati santan. Perahan yang pertama dan kedua
perlu menggunakan air yang telah disukat tadi. Manakala perahan yang ketiga
tidak perlu menggunakan air sebaliknya hanya menggunakan kain untuk memerah
agar santan pekat yang tertinggal keluar sehabisnya.
Setelah siap memerah, santan pekat tersebut dibiarkan
selama 1-2 jam dan kemudiannya santan pekat yang telah mendak dengan air. Air
yang tidak diperlukan akan dibuang manakala santan yang pekat diambil untuk
pemeraman. Pemeraman mengambil masa 24 jam sehingga 36 jam sahaja.
Selepas tempoh pemeraman, terdapat tiga lapisan yang dapat
dilihat pada bekas pemeraman. Seeloknya pemeraman dibuat pada bekas yang
lutsinar agar dapat melihat tiga lapisan tersebut. Lapisan tersebut terdiri
daripada lapisan santan, lapisan minyak dan juga lapisan air. Gunakan turasan
untuk mendapatkan minyak. Tapis minyak sekurang-kurangnya dua kali dan minyak
kelapa dara siap.
5.7 Tempe
Untuk
membuat tempe, kacang tempe kering (sejenis kacang soya) hendaklah ditimbang
mengikut sukatan yang dikehendaki. Kacang tersebut perlu direndam selama dua
malam.
Setelah
dua malam direndam, basuh, buang kulit kacang yang timbul dan tos. Basuh
sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah siap dibasuh dan ditos, timbang semula
kacang untuk melihat berapa berat yang tinggal. Kebiasaannya berat kacang tempe
akan berkurang dari berat semasa kering. Berat kacang tempe ditimbang bagi
mengira jumlah pengembangan dan juga jumlah penyusutan.
Setelah
ditimbang, kacang tempe direbus selama satu jam. Setelah satu jam direbus,
toskan kacang tempe dan timbang semula. Biarkan kacang tempe mengering. Dalam
keadaan kacang tempe yang suam, taburkan ragi tempe dan gaul rata. Nisbah bagi
ragi tempe ialah 1 kg : 15 g.
Setelah
siap digaul, kacang tempe dibungkus dengan menggunakan kertas pembungkus dan juga
daun. Pastikan berat tempe yang dibungkus sama. Setelah siap dibungkus, tempe
perlu dijemur ditempat yang berhaba seperti meja kayu selama 2 hari. Selepas 2
hari, tempe boleh diambil dan dimasak.
LAMPIRAN
1.
Di
Blok Fertigasi
1.
Di
Ladang Organik
1.
Di
Unit Proses
Sebarang keterangan lanjut boleh didapati DI SINI
Lokasi Pusat Pertanian Ayer Hitam tekan SINI
No comments:
Post a Comment