1.0 PENGHARGAAN
Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta para sahabat baginda
yang terpilih. Setinggi-tinggi
kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnia-Nya
dan keizinan-Nya, saya telah dapat menyempurnakan program Latihan Industri ini
dengan jayanya. Bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk
menyiapkan Laporan Keseluruhan Latihan Industri yang saya jalani di Syarikat TS
Electronics Sdn Bhd dalam waktu yang ditetapkan. Saya bersyukur kerana latihan
industri ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya.
Sepanjang
penglibatan saya di dalam program Latihan Industri dan penghasilan Laporan
Keseluruhan Latihan Industri ini pelbagai pihak yang memberikan kerjasama,
sumbangan dan bantuan dari segi nasihat, sokongan luaran dan dalaman. Dikesempatan
ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Syarikat TS
Electronics Sdn Bhd terutamanya Mr Kwan Boon
Chai sebagai majikan saya dan Ms Ng
Koon Geok sebagai penyelia saya di syarikat ini yang sudi menerima saya
untuk menjalani latihan industri selama dua bulan. Pelbagai pengalaman yang
tidak dapat saya lupakan walaupun hanya dua bulan menjalani latihan industri di
sana Tidak lupa juga kepada penyelia saya, Dr
Amirmudin Bin Udin kerana telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar,
panduan serta bantuan kepada saya sepanjang menjalani latihan industri ini
waimah dalam menyiapkan laporan ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang telah bekerjasama dengan
saya sepanjang tempoh saya menjalani latihan industri di Syarikat TS
Electronics Sdn Bhd.
Jutaan terima
kasih juga diucapkan kepada Puan Christina
Andin @ Nur Qistina bt Abdullah yang bertungkus lumus dalam menguruskan Program Latihan Industri Fakulti
Pendidikan UTM ini pada peringkat awal lagi. Tidak ketinggalan kepada Cikgu Ali bin Mohamad yang juga banyak
membantu menguruskan hal-ehwal latihan industri ini. Saya juga mengambil
kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah, staf-staf Fakulti Pendidikan serta individu yang terlibat
secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam membantu menguruskan
program Latihan Industri ini.
Penghargaan dan
terima kasih yang teristimewa kepada semua ahli keluarga saya terutamanya
kepada ayah dan ibu saya, Yusof bin
Japri @ Othman dan Mahani Binti
Mukhri yang telah banyak memberikan galakan, dorongan serta nasihat yang
tidak putus-putus dikala adanya cabaran dan dugaan sepanjang saya menjalani
program Latihan Industri ini.
Kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu saya
sepanjang tempoh dua bulan menjalani latihan industri ini, saya juga ucapkan
jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka yang terlibat akan mendapat
ganjaran daripada Allah SWT.
2.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan
industri ini bertujuan untuk mendedahkan kepada siswa mahupun siswi tentang
pelbagai aspek dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik dan
Pengurusan Perniagaan serta peranannya di dalam masyarakat. Terdapat pelbagai
objektif umum program Latihan Industri ini diadakan. Antaranya ialah;
- Untuk
membolehkan siswa mahupun siswi melihat dan mengambil pengalaman dalam
perkara-perkara selain daripada pembelajaran teori yang dipelajari di
dalam bilik kuliah. Hal ini juga akan memberikan pelajar satu peluang yang
lebih awal dalam menggunakan dan mempraktikkan pengetahuan serta
pertimbangan pelajar sendiri dalam menjalankan tugas.
- Untuk
membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam
pelbagai aspek seperti konsep elektrik, elektronik dan pengurusan
perniagaan.
- Untuk
mendedahkan siswa kepada struktur organisasi tempat kerja di tempat
latihan industri dan mengenali jawatan tertentu di dalam organisasi
tersebut.
- Latihan
industri ini memberi peluang kepada siswa mahupun siswi untuk menulis
laporan dengan lebih lengkap lagi. Hal ini kerana laporan ini boleh
digunakan untuk kerjaya mereka suatu hari nanti.
3.0 JADUAL LATIHAN
Tarikh mula latihan industri : 16
Jun 2014
Tarikh tamat latihan industri : 9
Ogos 2014
Waktu bekerja : 9.30
AM sehingga 7.30 PM (ISNIN – JUMAAT)
9.30
AM sehingga 7.00 PM (SABTU)
Waktu rehat : Fleksibel
(sejam sehari)
Cuti :
Ahad
4.0 LATAR BELAKANG TS ELECTRONICS SDN BHD
TS
ELECTRONICS SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 1992 . TS ELECTRONICS SDN BHD adalah sebuah kedai
menjual barang-barang elektrik dan elektronik terbesar di Bandar Muar. Ianya
terletak di Pusat Bandar Muar di alamat 117-1 & 118-1, Jalan Meriam, 84000
Muar, Johor. Ianya juga bersebelahan
dengan Kuil Hindu besar dan cantik yang sering menjadi tumpuan pelancong yang
mengunjungi Bandar Muar.
Selain daripada
menjual barangan elektrik dan elektronik, kedai ini juga menjual barang-barang
seperti pembesar suara, set microphone dan set karaoke. Antara perkhidmatan
yang disediakan di TS Electronics Sdn Bhd ini adalah menyediakan
peralatan-peralatan serta komponen-komponen elektronik untuk membuat projek di
sekolah-sekolah (Sek Men Parit Bunga & Sek Men Batu 2) dan kolej-kolej
(Kolej Kemahiran Tinggi Malaysia & DPAC). Perkhidmatan membaiki peralatan
elektrik juga disediakan.
Sekiranya
terdapat peralatan yang mempunyai rosak daripada pelanggan dan ianya masih
mempunyai waranti daripada pihak pembekal, peralatan tersebut akan dipulangkan
semula dengan pembekal untuk dibaiki semula atau dituntut semula daripada pihak
pembekal. Pemilik TS Electronic Sdn Bhd ini ialah Encik Kwan Boon Chai atau
lebih mesra dengan panggilan Mr.Alan. Perniagaan kedai elektrik dan elektronik
ini lebih kepada perniagaan keluarga. Mr Alan dibantu oleh isterinya sendiri
iaitu Ms Ng Chu Ling serta adik-beradiknya.
Selain daripada memiliki lapan orang
pekerja dimana kesemuanya adalah berbangsa Cina iaitu Tan Sin Hong, Tan Voon
Kuang, Pang Guo Jun, Haw Guan Lim, Tan Ah Kang, Chua Ee Lin dan Liaw Kang Sen,
syarikat ini juga memiliki tiga orang pelatih industri yang menjalani latihan
industri di sini iaitu Nur Izrin Farhin Binti Hairi, Yeo Sek Jing dan saya
sendiri Nadiah Binti Yusof.
TS
Electronics Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat dan kedai yang memiliki kekuatan
dalam bidang elektrik dan elektronik. Dengan menggunakan kemahiran komunikasi
yang baik, ia merupakan kekuatan utama untuk menarik pelanggan.
4.1 MATLAMAT
Penubuhan TS Electronics Sdn Bhd adalah
berteraskan kepada beberapa objektif tersebut:
- Objektif
utama penubuhan adalah untuk menyediakan kelengkapan barang elektrik dan
elektronik kepada masyarakat.
- Memberi
peluang kepada pelajar untuk sedikit sebanyak mahir dalam bidang elektrik
dan elektronik supaya mendapat pengalaman sebelum melangkah ke dunia
pekerjaan sebenar nanti.
- Perkembangan
dalam bidang elektrik dan elektronik juga merupakan salah satu faktor
penubuhan syarikat ini.
5.0 PENTADBIRAN
DAN PENGURUSAN
TS Electronics Sdn Bhd terdiri daripada
kakitangan tetap dan kakitangan sokongan seperti berikut:
Kakitangan
Tetap
Mr
Kwan Boon Chai
|
Majikan
|
Ms
Ng Chu Ling
|
Unit Pengurusan
Stor & Stok
|
Mr
Tan Chee Peng
|
Unit
Perkhidmatan Pelanggan
|
Ms
Ng Koon Geok
|
Unit Kewangan
|
Ms
Tan Yuh Jiao
|
Unit Kewangan
|
Ms
Ng Es Ther
|
Unit
Pengurusan Sumber Manusia
|
Kakitangan
Sokongan
Tan Voon Kuang
|
Staf (Bahagian
Penghantaran & Pemasangan Barang)
|
Pang Guo Jun
|
Staf (Bahagian
Penghantaran & Pemasangan Barang)
|
Chua Ee Lin
|
Staf (Bahagian
Kemasukan Barang)
|
Tan Ah Kang
|
Staf (Bahagian
Baikpulih Barang)
|
Haw Guan Lim
|
Staf (Bahagian
Pengurusan Pelanggan)
|
Liaw Kang Sen
|
Staf (Bahagian
Pengurusan Pelanggan)
|
Tan Sin Hong
|
Staf (Bahagian
Pengurusan Pelanggan)
|
Nur Izrin Farhin Binti Hairi
|
Pelatih
Industri (DPAC, Muar)
|
Yeo Sek Jing
|
Pelatih
Industri (Universiti Malaysia Kelantan)
|
Nadiah Binti Yusof
|
Pelatih
Industri (Universiti Teknologi Malaysia)
|
5.1 MAJIKAN
Majikan
merupakan jawatan yang tertinggi dalam sebuah syarikat. Majikan berperanan
untuk memenuhi kebajikan pekerja sekaligus perlu berusaha dalam memastikan
syarikat berada di dalam keadaan yang konsisten. Di TS Electronics Sdn Bhd ini,
Mr Kwan memainkan peranan beliau dengan baik sekali. Mr Kwan merupakan suami
kepada Ms Ng Chu Ling yang lebih mesra dengan panggilan Kak Chu Ling. Selama
lebih 20 tahun berkhidmat menerajui TS Electronics Sdn Bhd ini, banyak
pengalaman yang diperolehi oleh Mr Kwan.
Sebagai majikan,
Mr Kwan mengamalkan konsep hubungan dua hala dengan para pekerja beliau.
Hubungan Mr Kwan dan para pekerja beliau bersifat komunikasi dua hala. Mr Kwan
berpendapat bahawa pihak majikan dan pihak pekerja sama-sama mempunyai peranan
yang penting untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan. Cara Mr Kwan menegur
para pekerjanya sekiranya terdapat para pekerja yang membuat kesilapan sangat tertib.
Beliau tidak terus memarahi pekerjanya, malah menegurnya dengan cara yang baik.
5.2 UNIT
PENGURUSAN STOR DAN STOK
Unit Pengurusan
Stor dan Stok ini merupakan antara unit yang terpenting dalam sesebuah
perniagaan. Penyelenggaraan dan pengurusan stor dan stok perlulah berada dalam
keadaan yang baik. Hal ini kerana ianya akan mempengaruhi bahagian kewangan. Peruntukan
kewangan yang banyak terjadi sekiranya pengurusan stor dan stok tidak diuruskan
dengan baik. Pengurusan stor dan stok yang baik juga mencerminkan kebijaksanaan
ketua dan kakitangannya.
Unit Pengurusan
Stor dan Stok ini diketuai oleh Ms Ng Chu Ling yang lebih mesra dengan panggilan
Kak Chu Ling. Kak Chu Ling seorang yang mesra dengan pekerja namun tegas dalam
memberi arahan. Stor merupakan tempat penyimpanan barang, perekodan,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Stor penyimpan barang
terdapat di tingkat 1 dan 4. Stor penyimpanan barangan baikpulih pula berada di
tingkat 3. Penyusunan barang-barang di stor dilakukan dengan melabel supaya
ianya jelas untuk mencari barangan tersebut. Stok pula membawa maksud
barang-barang yang belum digunakan dan perlu disimpan untuk tujuan sebagai
bekalan barang-barang yang dipasarkan.
Peranan Ketua
Unit Pengurusan Stor ini antaranya ialah menerima barang-barang yang dipesan
dengan mengesah dan memperaku serahan barang-barang oleh pembekal. Selain itu,
ketua perlu memastikan penyimpanan stok perlulah mengikut kaedah dan
tempat-tempat yang telah ditetapkan dengan menggunakan ruang stor secara
optimum. Ketua juga perlu menjaga dan menyelenggara stok supaya berada dalam
keadaan yang baik dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Selain itu, ketua
perlu memastikan stok dapat dikeluarkan mengikut kehendak pelanggan dan
menyelenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat,
teratur dan sentiasa dikemaskini. Ketua juga berperanan untuk merancang
penambahan stok bagi memastikan stok sentiasa ada mengikut jumlah yang telah ditetapkan
dan juga berperanan untuk mengendalikan pembungkusan dan penghantaran stok
kepada pelanggan. Akhir sekali, ketua juga berperanan untuk sentiasa
menjalankan pemeriksaan bagi mengenalpasti sebarang kelemahan yang menybabkan
berlakunya perselisihan stok, stok rosak, usang dan tidak bergerak.
Peranan Ketua
Unit Pengurusan Stok pula antaranya ialah memastikan stok barang-barang
sentiasa ada apabila dikehendaki oleh pelanggan dan stok yang ada perlulah
menepati kehendak pelanggan. Selain daripada itu, ketua perlulah memastikan
barang-barang yang disimpan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dengan
memberi perlindungan, penjagaan dan penyelanggaraan yang sewajarnya. Kualiti
stok perlulah sentiasa terjamin untuk mengelakkan sebarang ketidakpuashatian
pelanggan sekiranya pelanggan ingin membeli stok yang terdapat di dalam
simpanan.
Menurut Kak Ng
Chu Ling, setiap stok yang ada perlulah diuruskan dan dikawal dengan baik untuk
memastikan paras keperluan yang betul dari aspek kualiti dapat disediakan
apabila dikehendaki oleh pengguna. Ia juga mengambil kira aspek penjimatan
penggunaan ruang simpanan (stor), kos pemesanan, harga pembelian serta modal
yang terlibat. Oleh sebab itu ketua perlu memainkan peranan yang baik untuk
memastikan stok yang tidak bergerak, usang dan tidak dapat digunakan lagi tidak
akan dipesan lagi melainkan terdapat permintaan daripada pelanggan.
Semasa
penerimaan stok, stok yang diterima tidak terus dipasarkan. Ianya perlu melalui
beberapa proses sebelum dipasarkan. Semasa menerima stok, bil serahan, nota
bungkusan dan invois perlulah disemak terlebih dahulu. Setelah itu, kuantiti stok
tersebut perlulah dikira mengikut bil serahan yang telah diterima. Kemudian
stok tersebut akan dihantar ke tingkat 3 untuk merekod stok yang telah
diterima. Stok tersebut direkodkan dan setiap jenis barang ada barcode
tersendiri. Tujuan penggunaan barcode ini adalah untuk membezakan setiap barang
dengan barang yang lain. Penggunaan sistem barcode ini juga digunakan untuk
memudahkan sistem jual beli barang. Hal ini kerana setiap rekod seperti harga
barang, jenis barang dan pembekal barang semuanya direkodkan di dalam sistem
barcode tersebut.
Setelah
barang stok telah direkodkan, stok akan pergi ke tempat simpanan iaitu stor. TS
Electronics Sdn Bhd ini mengamalkan konsep 5S dalam penyimpanan barang dalam
stor iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Amalan ini
dipraktiskan supaya stok tidak mudah rosak, senang dikeluarkan dan didapati
sekiranya diminta oleh pelanggan dan sebagai langkah penggunaan ruang yang
optimum di ruang penyimpanan. Pemeriksaan dilakukan oleh Kak Chu Ling dari masa
ke semasa sebagai langkah untuk mengesan kelemahan dan punca tok berlebihan,
berkurangan, usang, rosak dan sebagainya supaya tindakan yang selanjutnya dapat
diambil dengan segera tanpa melibatkan sebarang kerugian. Bagi
komponen-komponen electronic yang kecil seperti perintang, ic, kapasitor serta
suis ianya disusun di black box dan dilabel mengikut warna.
5.3 UNIT
PERKHIDMATAN PELANGGAN
Unit
Perkhidmatan Pelanggan di TS Electronics Sdn Bhd diketuai oleh Mr Tan Chee Peng atau lebih mesra dengan
panggilan Mr Tan. Tugas Mr Tan sebagai ketua unit perkhidmatan pelanggan merupakan
bahagian yang tidak kurang pentingnya di dalam sesebuah syarikat perniagaan. Individu
yang bertanggungjawab dalam unit ini berperanan mengendali dan melayani setiap
ragam pelanggan yang datang, memberi penerangan terhadap barangan yang hendak
dipasarkan kepada pelanggan dan membantu pelanggan yang mempunyai masalah
terhadap barang yang hendak atau telah dibeli sehingga masalah tersebut
selesai.
Antara
matlamat dalam unit perkhidmatan pelanggan ini adalah untuk memuaskan dan
memenuhi kehendak pelanggan, untuk mencapai kepuasan pelanggan lebih daripada
para pesaingnya, untuk mengekalkan pelanggan dalam tempoh yang panjang serta
untuk meningkatkan peratus atau bahagian pemasaran. Untuk mencapai
matlamat-matlamat yang ada ini, pihak pengurusan unit ini perlulah meningkatkan
nilai yang baik kepada pelanggannya. Nilai yang biasa dilihat sebagai kualiti
adalah berkaitan dengan harga. Namun tidak semua pelanggan melihat kepada harga
semata-mata untuk membeli sesuatu produk.
Sebenarnya bukan
mudah untuk berurusan dengan pelanggan yang mempunyai 1001 ragam. Seseorang itu
perlulah sentiasa berfikiran positif, mengutamakan pelanggan walau apa pun yang
berlaku serta bijak memikirkan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang
dihadapi dengan cepat tanpa menghampakan pihak pelanggan. Menurut Mr Tan,
menjadi satu kebiasaan sekiranya pekerja dimarahi oleh pelanggan. Oleh sebab
itu, sebagai peniaga juga perlu bijak dalam mengawal emosi untuk tidak
dilepaskan kepada pelanggan. Peniaga juga perlu membuatkan pelanggan berasa
selesa ketika berurusan dengan mereka.
Pelanggan yang
berasa selesa dengan khidmat yang diberikan akan membeli barang dengan kuantiti
yang lebih daripada perancangan asal, merujuk kepada pelanggan baru dan
sekaligus mengurangkan kos perniagaan dalam mengiklankan produk barangan yang
dijual. Begitu juga sebaliknya, sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan yang
diberikan kurang baik, ianya akan menghasilkan ketidakpuashatian pelanggan
dalam bentuk pulangan, aduan dan sungutan yang kurang baik sekaligus pelanggan
akan mendapatkan produk atau perkhidmatan daripada pihak pesaing pula.
Perkara yang
perlu dielakkan dalam berurusan dengan pelanggan ialah janji yang tidak
ditepati, kegagalan dalam memberi perkhidmatan, perkhidmatan tidak diberikan
apabila pelanggan memerlukan, perkhidmatan kepada pelanggan tidak lengkap atau
betul serta gagal memberi makluman yang betul. Oleh sebab itu, memahami
kehendak pelanggan sebenarnya adalah sangat pentang untuk kejayaan seseuah
perniagaan. Menurut Mr Tan, beliau mengamalkan konsep daripada model Kano.
Berikut adalah penerangan tentang model Kano;
5.4 UNIT
KEWANGAN
Tugas Unit
Kewangan pula dipegang oleh Ms Ng Koon Geok (Ah May) dan Ms Tan Yuh Jiao (Ah
Jiao). Mereka berdua sentiasa berada di bahagian kaunter dan berurusan dengan
pembayaran pelanggan. Antara tugas unit kewangan ini ialah menyediakan
belanjawan, menyediakan bahagian gaji untuk pekerja, mengendalikan peruntukan
bagi stok yang bakal ditempah dan menyediakan penyata penyesuaian bulanan.
5.5 UNIT
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Unit pengurusan
pekerja diketuai oleh Ms Ng Es Ther. Ms Ng Es Ther ini isteri kepada Mr Tan
Chee Peng. Berikut adalah antara fungsi unit pengurusan sumber manusia;
Fungsi
|
Aktiviti
|
Perancangan
|
Temuduga
|
Latihan dan
Pembangunan
|
Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan
|
Pampasan
|
Mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus, penghargaan
dan pujian, penilaian pekerjaan
|
Kemudahan
|
Insurans, pengurusan cuti
|
Rekod
peribadi
|
Sistem maklumat, rekod tentang pekerja
|
Pekerja
dan Hubungan Komuniti/ Masyarakat
|
Kajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan polisi, disiplin
|
Berdasarkan
fungsi Unit Pengurusan Sumber Manusia di atas, dapat dirumuskan, dimana semasa
pengambilan pekerja sama ada pekerja tetap, pekerja sambilan mahupun pelatih
industri sesi temuduga akan dijalankan. Hal ini kerana Ms Ng Es Ther ingin
melihat tahap kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan sesuai
dengan personality seseorang tersebut. Dari segi latihan dan pembangunan
pekerja, kemahiran, latihan dan pendidikan pekerja ianya diperolehi secara
tidak langsung semasa bekerja dengan syarat kita tidak malu untuk bertanya.
Selain itu, Unit Pengurusan Sumber Manusia juga menyediakan pampasan. Pampasan
termasuklah mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus,
penghargaan dan pujian, penilaian pekerjaan. Gaji akan diterima oleh setiap
pekerja ‘by hand’ pada setiap 7 hari bulan setiap bulan.
Kemudahan
yang diberikan kepada setiap pekerja merupakan insuran dan pengurusan cuti.
Pekerja boleh meminta cuti tanpa mc. Namun sekiranya tidak hadir untuk bekerja,
pekerja tidak akan menerima gaji pada hari tersebut. Setiap pekerja diberikan bayaran
sebanyak RM35 sehari. Makanan bagi pekerja juga disediakan. Maksudnya pekerja
tidak perlu keluar untuk membeli makanan kerana pada setiap hari makanan akan
disediakan tanpa bayaran. Sebelum pekerja diterima masuk untuk bekerja, mereka
dikehendaki memberikan resume sebagai rekod maklumat pihak pengurusan sumber
manusia. Para pekerja diberikan kad punch sebelum masuk untuk mula bekerja. Kad
tersebut perlu dipunch semasa masuk bekerja, keluar berehat, waktu pulang serta
waktu tambahan (overtime).
Dari segi displin para pekerja pula,
sekiranya terdapat pekerja yang melakukan kesilapan, ketua akan terus menegur
kesilapan pekerja. Sebagai contoh yang pernah saya sendiri mengalaminya,
terdapat pekerja yang menggunakan lif barang untuk ke tingkat 4. Lif tersebut
jika hendak digunakan perlu ditekan daripada luar. Lif tersebut tidak boleh
digunakan oleh para pekerja kerana lif tersebut hanya dikhaskan untuk
barang-barang sahaja. Namun pada hari tersebut Mr Kwan menyedari bahawa lif
tersebut digunakan oleh salah seorang para pekerja beliau. Mr Kwan terus
menegur individu yang membantu menekan lif tersebut. Terdapat juga beberapa
kesalahan lain yang terus ditegur oleh ketua. Antaranya ialah datang lambat ke
tempat kerja, menggunakan peralatan yang tidak sesuai di sesuatu tempat, silap
dalam mengambil tempahan pelanggan dan sebagainya.
6.0 STRATEGI
PERNIAGAAN
Menurut
Kamus Dewan Edisi keempat, strategi membawa maksud rancangan yang teratur yang memperhitungkan
pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi perlulah
dilaksanakan dan bukanlah hanya ditulis di atas kertas. Seorang peniaga yang
berjaya perlulah mangetahui berkaitan dengan keluar masuk wang. Begitu juga
perbelanjaan yang perlu. Perbelanjaan yang tidak penting perlulah dielakkan.
Strategi
yang diamalkan oleh majikan ialah tidak takut dalam membuat pelaburan. Menurut
Mr Kwan, ramai peniaga yang tidak berani untuk melaburkan wang mereka kerana
mereka sendiri tidak mempunyai strategi yang berkesan bagi mendapatkan manfaat
yang banyak daripada pelaburan yang mereka lakukan. Sebagai peniaga perlulah
berani membuat perubahan dan pembaharuan pada strategi perniagaan mereka. Hal
ini kerana pelanggan juga sentiasa inginkan pembaharuan.
Selain
itu, peniaga perlulah berjiwa besar. Dunia perniagaan merupakan salah satu cara
untuk mereka mencapai impian dan cita-cita mereka. Impian hanya tinggal impian
jika si peniaga sentiasa berada di takuk lama dan tidak berani untuk membuat
perubahan. Tiada perkara yang kita lakukan tanpa ada risiko. Kita berjalan di
jalan yang lurus juga kita mempunyai potensi untuk jatuh. Begitu juga dengan
perniagaan. Walau sekecil atau sebesar manapun perniagaan yang dibangunkan,
ianya tidak terlepas daripada risiko. Namun, di dalam dunia perniagaan, semakin
tinggi risiko yang dialami, semakin besar keuntungan yang bakal diperolehi.
Strategi
perniagaan yang TS Electronics Sdn Bhd jalankan ialah menyertai persatuan
sebagai sokongan. Mr Kwan serta ketua-ketua setiap unit yang lain melibatkan
diri mereka di dalam persatuan Thu Chi yang terkenal di Taiwan dan hampir 23
negara mempunyai persatuan Thu Chi ini. Persatuan Thu Chi ini merupakan
persatuan Buddha Compassion Relief. Apabila mereka mempunyai masalah dalam
perniagaan, mereka akan meminta bantuan daripada persatuan Thu Chi ini. salah
satu konsep yang diamalkan oleh persatuan Thu Chi ini dan sekaligus diamalkan
oleh TS Electronics Sdn Bhd ialah Kempen Sayangi Bumi. Selagi mana penggunaan
plastic dapat dikurangkan, selagi itu mereka akan kurangkan. Plastic-plastik
yang didapati di dalam kotak jualan kipas dan lain-lain akan digunapakai semula
bagi sokongan terhadap kempen Sayangi Bumi ini. Kotak-kotak yang tidak
digunapakai hasil daripada jualan barang-barang elektrik ada yang dikitar
semula dan ada juga yang disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang.
7.0 BARANGAN
YANG DIJUAL
Terdapat
pelbagai peralatan, komponen elektrik dan elektronik yang dijual di sini. Namun
tidak kesemua gambar dapat diambil.
8.0 PROJEK
YANG DIHASILKAN
Selama lebih
kurang dua bulan di syarikat TS Electronik ini terdapat dua projek yang saya
lakukan bersama-sama dua orang rakan lain yang turut menjalani latihan industri
di sini. Projek tersebut adalah membuat ‘pzior
tweeter’. Dalam laporan ini saya tidak dapat mempamerkan keseluruhan gambar
ketika melakukan projek tersebut. Hal ini kerana telah menjadi salah satu
larangan untuk menggunakan telefon bimbit sewaktu bekerja. Walaupun hanya
pelatih industri sahaja, sebagai tanda patuh akan majikan, arahan tersebut
perlulah dipatuhi.
8.1 PZIOR
TWEETER
- Pzior
tweeter ini merupakan alat yang digunakan untuk menarik burung walid.
Burung walid terkenal dengan membuat sarang menggunakan air liur dan air
liur burung walid ini mempunyai pelbagai kesan.
- Pzior
tweeter ini akan diletakkan di sebuah bangunan yang dikenali dengan rumah
burung walid. Rumah tersebut perlulah dibina jauh daripada kawasan
kediaman manusia. Hal ini kerana Pzior tweeter akan sentiasa mengeluarkan
bunyi untuk menarik burung walid untuk membuat sarang di dalam rumah
tersebut. Oleh sebab itu, tidak digalakkan untuk membina rumah berdekatan
dengan kawasan kediaman manusia.
- Saya dan
rakan ditugaskan untuk membuat pzior tweeter ini sebanyak 270 unit dalam
masa secepat yang mungkin. Hal ini kerana pzior tweeter ini adalah
permintaan pelanggan. Ini telah menjadi etika TS Electronics untuk
mengutamakan pelanggan walau apa keadaan sekalipun.
- Pembesar
suara ‘Tweeter’, kabel merah putih, kapasitor (3.3µ F), timah, penjalur
wayar serta alat pemateri merupakan peralatan yang digunakan untuk membuat
Pzior tweeter ini.
- Sebelum memulakan
tugasan, kabel merah putih dipotong sepanjang 0.2m. Setiap hujung di
bahagian kanan pada setiap kabel di jalur menggunakan penjalur wayar.
- Kapasitor
dihubungkan pada satu bahagian di pembesar suara tweeter.
- Kabel merah
yang telah dijalur disambungkan pada pembesar suara tweeter dan kabel
putih pula disambungkan pada kaki kapasitor yang tidak dihubungkan dengan
apa-apa.
- Setelah
siap penyambungan, proses pematerian dilakukan. Prosas pematerian perlu
dilakukan dengan teliti dengan memastikan pematerian tersebut kemas dan
tidak bergoyang supaya pzior tweeter dapat berfungsi dengan baik.
9.0 LAPORAN
MINGGUAN
MINGGU 1
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
15-06-2014
|
Sunday
|
BELUM MULA LATIHAN INDUSTRI |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
16-06-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi - 10.45 Pagi : Menunggu untuk diberi penerangan sedikit sebanyak
tentang syarikat T&S Electronics Sdn Bhd sambil melawat sekeliling
T&S Electronics. T&S Electronic Sdn Bhd ini adalah sebuah kedai
elektronik yang besar dan menjadi tumpuan warga Muar untuk mencari
barang-barang elektronik. 10.45 Pagi - 11-15 Pagi : Penerangan tentang SYARIKAT T&S Electronics Sdn Bhd
1.40 Tengahari - 5.00 Petang :
·
Mengenalpasti komponen elektrik dan elektronik
seperti;
5.30 Petang - 7.15 Petang : Membuat Pemasangan Kipas Berdiri 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
17-06-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10 Pagi :
1.30 Tengahari - 2.00 Petang : Rehat & Solat 2.00 Petang -5.00 Petang : Mengenalpasti dan meletakkan komponen yang telah dikenalpasti semalam di tempat yang telah ditetapkan. 5.00 Petang - 5.30 Petang : Rehat & Solat 5.30 Petang - 7.15 Petang
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
18-06-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 11.00 Pagi : Mengenalpasti jenis lampu yang selalu digunakan di dalam peti sejuk. Salah satunya ialah E14 - 15 W TUBULAR LAMP. 11.00 Pagi - 12:00 Tengahari :
1.00 Petang - 1.30 Petang : Rehat & Solat 1.30 Petang - 5.00 Petang : Saya diberi pelbagai jenis suis untuk dikenalpasti dan saya dikehendaki untuk menyusun suis tersebut ditempat yang disediakan. Terdapat lebih kurang 200 jenis suis yang saya perlu kenalpasti. Suis-suis tersebut nampak seperti serupa, tetapi terdapat beberapa bahagian kecil ianya berbeza. Antara suis yang ada ialah;
5.30 Petang - 7.15 Petang : Menyambung kerja mengenalpasti suis yang dilakukan sebelum rehat. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Membuat persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
19-06-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 1.30 Tengahari:
2.00 Petang - 5.30 Petang : Menyambung kerja mengenalpasti beberapa jenis suis dan meletakkannya ditempat yang disediakan. 5.30 Petang - 6.00 Petang : Rehat & Solat 6. 00 Petang - 7.15 Petang : Menyambung kerja mengenalpasti beberapa jenis suis dan meletakkannya ditempat yang disediakan. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk Pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
20-06-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 10.30 Pagi : Belajar mengenalpasti kabel yang membuat penyambungan antara speaker ke komputer. 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari : Membuat penyambungan kerja semalam iaitu mengenalpasti suis. 12.30 Tengahari - 1.15 Petang : Mengenalpasti peralatan untuk memasang tong gas. iaitu gas huge, getah gas dan kepala di tong gas tersebut.
2.15 Petang - 3.30 Petang : Membuat penyambungan kerja semalam iaitu mengenalpasti suis. 3.30 Petang - 4.45 Petang : Diberi pendedahan tentang pelbagai jenis oven, blender, rice cooker, coffeemaker, multicooker dan toaster. 4.45 Petang - 5.15 Petang : Rehat & Solat 5.15 Petang - 7.15 Petang : Diberi pendedahan tentang cara memasang wayar di dalam extension. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persediaan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
21-06-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 11 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 11.00 Pagi - 1.45 Petang : Pendedahan pemasangan extension dengan wayar. 1.45 Petang - 2.15 Petang : Rehat & Solat. 2.15 Petang - 3.00 Petang : Mengenalpasti perbezaan spesifikasi antara dua jenis desk type magnifier lamp. 3.00 Petang - 3.30 Petang : Menyambung kerja mengenalpasti jenis suis. 3.30 Petang - 4.45 Petang : Memasang extension 3 Gang 3 Meter. 4.45 Petang - 5.00 Petang : Rehat & Solat 5.00 Petang - 6.45 Petang : Menyambung membuat penyambungan extension 3 Gang 3 Meter. 6.45 Petang - 7.00 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 2 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
22-06-2014
|
Sunday
|
- CUTI - |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
23-06-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi -10.15 Pagi : Datang awal dan mengemas tempat kerja. 10.45 Pagi - 11.15 Pagi : Mengenalpasti soket dan suis 1 Gang 13 Ampere jenama MIND, HAGER dan CLIPSAL 11.15 Pagi - 1.30 Petang : Membuat penyambungan extension wire 4 Gang 3 Meter. 130 Petang - 1.45 Petang : Mempelajari menukar beteri remote kereta. 1.45 Petang - 2.20 Petang : Rehat dan Solat 2.20 Petang - 4.45 Petang : Membuat pemasangan getah gas, gas hos dan kepala gas. 4.45 Petang - 5.00 Petang : Rehat & Solat 5.00 Petang - 7.15 Petang : Membuat pemasangan extension wire 3 Gang 5 Meter. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
24-06-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 11.00 Pagi : Mengenalpasti;
1.45 Petang - 2.15 Petang : Rehat & Solat 2.15 Petang - 2.30 Petang : Mengenalpasti perbezaan antara dua gas hose. Salah satu daripada gas hose itu terdapat valve yang menyekat gas daripada terus terkeluar apabila terdapat kebocoran. 2.30 Petang - 3.00 Petang : Mengenalpasti bahagian bilah kipas KHIND dan Pensonic. 3.30 Petang - 4.00 Petang : Dimaklumkan bahawa terdapat lampu yang tidak boleh diuji menggunakan direct current. Terdapat lampu yang jika tercatat 12V pada kotaknya, perlulah diuji menggunakan bateri. 4.30 Petang - 4.45 Petang : Mengenalpasti 12 in 1 screwdriver. Jenis screwdriver ini perlulah jenis yang kuat untuk digunakan. 4.45 Petang - 5.00 Petang : Rehat dan Solat 5.00 Petang - 7.15 Petang : Menyambung membuat penyambungan extension 4 Gang 5 Meter sebanyak 22 unit dengan menggunakan kabel saiz 23. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
25-06-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari :
1.45 Petang - 2.15 Petang : Rehat & Solat 2.15 Petang - 5.00 Petang : Membuat penyambungan extension dengan menggunakan kabel non fully 100% copper saiz 23 sebanyak 10 unit. 5.00 Petang - 5.15 Petang : Rehat & Solat 5.15 Petang - 7.15 Petang : Membuat penyambungan extension dengan menggunakan kabel non fully 100% copper saiz 23 sebanyak 16 unit. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
26-06-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 11.15 Pagi : Mengenalpasti lampu biasa pendarflour 3 unit, lampu 100 W frosted 2 unit, mentol 5 W 50 unit. 11.15 Pagi - 2.00 Petang :
2.30 Petang - 4.45 Petang : Mengasingkan 3 Gang 2 Meter dengan 4 Gang 2 Meter yang telah dilakukan. 4.45 Petang - 5.15 Petang : Rehat & Solat 5.15 Petang - 7.15 Petang : Mengasingkan kapasitor 25 V 47 micro Farad sebanyak 188 unit dan 25 V 220 micro Farad sebanyak 47 unit. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
27-06-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 11.30 Pagi : Menyambung membuat extension 4 Gang 2 Meter sebanyak 10 unit. 11.30 Pagi - 2.00 Petang :
2.30 Petang - 5.00 Petang : Mengemas barang ke tempat yang telah disediakan. Antara barang-barangnya ialah microphone, kanta pembesar, screwdriver bermacam saiz (T07,T10) dan sebagainya. 5.00 Petang - 5.30 Petang : Rahat & Solat 5.30 Petang - 7.15 Petang : Mengenalpasti radio jenis Phillips di tempat simpanan stor dan memasang kipas berdiri berkuasa tinggi. Perbezaan antara kipas tinggi berkuasa tinggi dengan kipas berdiri biasa ialah pada motornya. Motor yang digunakan untuk kipas berkuasa tinggi, lebih tinggi jumlah kuasa pada motor yang digunakan. 7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
28-06-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari : Mengenalpasti Spark L-Metal bersaiz 5 inci dan 8 inci. Menyusun Spark L-Metal di tempat yang disediakan. 12.00 Tengahari - 1.30 Petang : Mengenalpasti bilah kipas 6 inci jenis New Penasonic dan KDK 1.30 Petang - 2.00 Petang : Rehat 2.00 Petang - 4.30 Petang :
5.00 Petang - 6.45 Petang : Mengenalpasti IC soket 14 kaki dan 16 kaki serta wayar 3 meter 2 unit. 6.45 Petang - 7.00 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 3 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
29-06-2014
|
Sunday
|
- CUTI - |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
30-06-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas rumah. 10.00 Pagi - 11.30 Pagi :
2.05 Petang - 2.45 Petang : Menyambung kerja menyusun lampu-lampu tidur jenis 1W. 2.45 Petang - 3.30 Petang :
7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
01-07-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 6.00 Petang :
7.15 Petang - 7.30 Petang : Persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
02-07-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 9.45 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 9.45 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
03-07-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 2.00 Petang :
2.20 Petang - 6.00 Petang :
6.20 Petang - 7.15 Petang : Menyusun dan melipat kotak serta polistrin yang ada sempena Kempen Sayangi Bumi 7.15 Petang - 7.30 Petang : Membuat persiapan untuk pulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
04-07-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10 Pagi - 2.00 Petang :
2.20 Petang - 5.00 Petang :
5.20 Petang - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
05-07-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 1.45 Petang :
2.00 Petang - 5.00 Petang :
5.15 Petang - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 4 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
06-07-2014
|
Sunday
|
-CUTI- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
07-07-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
08-07-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
09-07-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
10-07-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk datang awal dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
11-07-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 7.15 Petang : Mengenalpasti dan menyusun semula;
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
12-07-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 5 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
13-07-2014
|
Sunday
|
-CUTI- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
14-07-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 6.45 Petang :
#Dibenarkan pulang jam 7 Petang untuk persiapan berbuka. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
15-07-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
16-07-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
17-07-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
18-07-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas
tempat kerja. 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
19-07-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 6 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
20-07-2014
|
Sunday
|
-CUTI- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
21-07-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
22-07-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
23-07-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
24-07-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
25-07-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 10.30 Pagi : Lawatan daripada pensyarah UTM, Dr. Amir 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
26-07-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 6.45 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 7 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
27-07-2014
|
Sunday
|
-CUTI- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
28-07-2014
|
Monday
|
-CUTI RAYA- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
29-07-2014
|
Tuesday
|
-CUTI RAYA- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
30-07-2014
|
Wednesday
|
-CUTI RAYA- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
31-07-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
01-08-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.00 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
02-08-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINGGU 8 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Num.
|
Date
|
Day
|
Log/Activity |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1
|
03-08-2014
|
Sunday
|
- CUTI - |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2
|
04-08-2014
|
Monday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3
|
05-08-2014
|
Tuesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4
|
06-08-2014
|
Wednesday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas barang. 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5
|
07-08-2014
|
Thursday
|
9.30 Pagi - 10.30 Pagi : Datang awal untuk punch card dan mengemas tempat
kerja. 10.30 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6
|
08-08-2014
|
Friday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 7.15 Petang :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7
|
09-08-2014
|
Saturday
|
9.30 Pagi - 10.00 Pagi : Datang awal untuk punch dan mengemas tempat
kerja. 10.00 Pagi - 6.45 Petang :
|
10.0 KESIMPULAN
Selepas
8 minggu menjalani latihan industri di TS Electronics Sdn Bhd, terdapat banyak
pengetahuan dan pengalaman yang baru yang saya perolehi dan pelajari di sini.
Selain daripada mempelajari begitu banyak aspek daripada bidang saya sendiri
iaitu bidang Elektrik dan Elektronik, saya juga berpeluang untuk mempelajari
sedikit sebanyak aspek berkaitan dengan perniagaan. Pelbagai pendedahan
berkaitan dengan bidang perniagaan yang mereka kongsikan dengan saya. Antaranya
bagaimana untuk menguruskan sesuatu perniagaan, cara untuk berinteraksi dengan
pelanggan dan sebagainya.
Pendedahan
yang telah diberikan kepada saya di syarikat TS Electronics Sdn Bhd ini boleh
dikaitkan sedikit sebanyak dengan situasi dan keadaan di sekolah pada masa
mendatang. Antaranya ialah sikap majikan kepada pekerja. Bagaimana saya boleh
katakan ianya pun berguna kepada keadaan sekolah pada waktu mendatang? Seperti
yang kita tahu majikan adalah ketua kita. Kita sebagai pekerja, mahu atau
terpaksa, sememangnya berkewajiban untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh
ketua kita. Di TS Electronics Sdn Bhd ini, terdapat 5 ketua mengikut unit
masing-masing. Namun, apa yang saya perhatikan, mereka tidak hanya melakukan
tugasan mereka sahaja. Mereka sedaya upaya membantu unit yang lain sekiranya
unit lain terdapat masalah ataupun memerlukan pertolongan. Melalui pemerhatian
saya, majikan juga turut melakukan kerja-kerja yang selalunya dilakukan oleh
pekerja-pekerja biasa. Di sini saya boleh simpulkan bahawa setiap ketua di sini
memainkan peranan sebagai pengurus dan bukan pemimpin. Hal ini kerana sikap
seorang pengurus adalah seorang yang merendah diri, dapat menerima pendapat
orang bawahan, sentiasa memberi motivasi kepada para pekerja dan sebagainya.
Pemimpin pula bersikap tahu memberi arahan tanpa memikirkan keadaan semasa para
pekerja dan tidak mengambil kebajikan para pekerja. Apa yang saya boleh kaitkan
dengan pengurusan sekolah ialah seperti dalam makluman kita di setiap sekolah
pastinya mempunyai pelbagai ketua di dalam setiap unit. Guru yang diberi amanah
untuk mengetuai unit tersebut perlulah bersikap sebagai pengurus. Iaitu
mengembling tenaga bersama dengan guru-guru bawahan tanpa memikirkan pangkat.
Selain itu,ketua-ketua setiap unit juga perlu mengambil tahu urusan setiap unit
yang ada. Sebagai seorang guru, kita tidak boleh bersikap berlepas tangan
sekiranya terdapat beberapa unit yang memerlukan pertolongan kita.
Selain
daripada itu, setelah 8 minggu menjalani latihan industri di sini, terdapat
beberapa aspek yang boleh digunapakai ketika berkhidmat di dalam bidang
pendidikan nanti. Di kolej vokasional terkenal dari segi kemahiran teknikalnya.
Sebagai contoh di bengkel elektronik, sudah semestinya ianya mempunyai peralatan dan komponen elektronik
yang banyak untuk kegunaan para pelajar. Melalui pemerhatian saya, bahagian
pengurusan barang boleh digunapakai untuk menguruskan peralatan dan komponen
pelajar. Selain itu, amalan 5S juga perlu dikuatkuasakan lagi di dalam sistem
pengurusan. Seperti yang telah dimaklumkan, sistem penyusunan komponen yang
kecil dibezakan mengikut turutan warna. Dengan ada perbezaan warna tersebut,
proses pencarian menjadi lebih mudah dan cepat. Tempat penyimpanan juga dilabel
dengan terang dan mudah dilihat. Ianya tidak menimbulkan masalah. Perkara ini
perlulah diaplikasikan di bengkel dimana kita tahu penglibatan komponen kecil
dalam melakukan projek akan dilakukan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
untuk memilih komponen, tidak menjadi kesalahan ianya disusun dan diatur
mengikut warna.
Daripada unit perkhidmatan pelanggan
pula, banyak ilmu yang saya perolehi dalam berhadapan dengan ragam manusia.
Ilmu ini saya boleh aplikasikan untuk berhadapan dengan ragam pelajar di masa
hadapan kelak. Secara jujurnya, sepanjang 8 minggu saya berada di sini, saya
berpengalaman dimarahi oleh pelanggan. Menurut pendapat saya, berurusan dengan
manusia lebih sukar jika dibandingkan apabila kita berurusan dengan mesin-mesin
yang ada. Sekiranya kita mempunyai masalah dengan mesin tersebut, kita boleh
membaca manual untuk membaikinya kembali. Namun ianya berlainan jika berhadapan
dengan manusia. Manusia tiada manual untuk dirujuk. Jadi, bagaimana untuk
menguruskan jika terdapat pelanggan yang bermasalah? Apa yang saya pelajari
ialah sudah semestinya kita tidak dapat mengawal mereka. Jadi apa yang perlu
dikawal adalah diri kita sendiri. Seorang peniaga perlulah sentiasa menjaga
hati pelanggan untuk membuatkan pelanggan tersebut merasa terikat dengan kita.
Begitu juga dalam berhadapan dengan pelajar pada zaman sekarang. Tidak mustahil
guru itu sendiri menjadi mangsa kemarahan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu bijak memainkan peranan
dengan mengawal emosi diri, berfikiran kreatif bagaimana cara untuk membuatkan
pelajar merasa terikat dengan kita. Perkara tersebut juga merupakan kekuatan
diri kita sebagai seorang guru dimana dapat membuatkan setiap pelajar senang
dengan kehadirannya.
Apa yang saya perhatikan, sekiranya
terdapat pelanggan yang tidak berpuashati atas perkhidmatan atau tidak
berpuashati atas barangan yang dibeli, pekerja ataupun ketua unit perkhidmatan
pelanggan akan memuji sambal tersenyum kepada pelanggan tersebut. Menurut Mr
Tan, Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan, setiap manusia suka pada pujian. Jadi
tidak salah kita meredakan ketidakpuashatian pelanggan tersebut dengan pujian
dan senyuman. Menurut beliau lagi, api tidak boleh dibalas dengan api. Beliau
memegang konsep, sekiranya kita berbuat baik pada orang, orang akan berbuat
baik pada keturunan kita.
Akhir sekali, setelah melalui 8 minggu
latihan industri terasa masa berlalu begitu singkat sekali. Namun dengan masa
yang singkat inilah saya gunakan dengan sebaik mungkin. Penglibatan pelajar
dalam latihan industri seperti ini dapat mengukuhkan lagi jati diri, identiti
serta keyakinan pelajar dalam menjalani kehidupan bekerja yang sebenar suatu
hari nanti.
RUJUKAN
Ann Wan Seng. 2006. Rahsia bisnes orang Cina. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Baharuddin
Harun. Kepentingan keselamatan dalam
perniagaan. Diperolehi pada 26 Jan 2010
No comments:
Post a Comment